Khamis, 11 Februari 2010

Sekrip Konti Selekta 11hb. Feb 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: KHAMIS, 11HB FEBRUARI, 2010
MASA 0600 PETANG ~ 0900 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN

SEGMEN [1]: SOAL JAWAB AGAMA [INTRAKTIF RADIO
Bersama Ybhg Ustaz Haji Zainal Abidin Ab Rahman

SEGMEN [2]: HIBURAN SENJA [IRAMA DAKWAH]

LAGU: KITA AKAN DIJEMPUT~UKAYS

JH: Adab dan akhlak: ibarat pokok. Manakala kemasyhuran umpama bayang-bayang. Tetapi kebiasaan nya, orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

LAGU: DOA~UNGU

JH: Kemasyhuran menjanjikan kebahagiaan: Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

LAGU: EGOIST~MESTICA

LAGU: NUR TUHAN~MUNIF AHMAD

AZAN MAGHRIB


SEGMEN [3]: MELODI KENANGAN

JH: Melodi Kenangan bersama Shek di Radio Malaysia Kelantan fm malam ini membawa tema kasih sayang.

LAGU: KEKASIH KU CINTA KU RINDU~TROPIKA

JH: Kasih sayang seumpama jambatan: Menghubungkan dua pihak, saling memberi dan saling menerima.

LAGU: MENGHARAP KASIH~SABRINA & MENJULANG KASIH~ZAID

JH: Ada ketikanya kebahagiaan berselindung disebalik kepayahan

LAGU: KERANA KASIH PADAMU~SAMUDERA & DISINI KASIHKU ABADI~RAHMAT

JH: Tidak mustahil: Orang yang paling kita sayangi saat ini, adalah orang yang pernah kita benci satu ketika dahulu.

LAGU: KEINSAFAN~KRABAT

AZAN ISYAK

LAGU: KESAN~FLYBAITS

LAGU: NYANYIAN RINDU BUAT KEKASIH~DATA & AKU KETINGGALAN~ROZITA IZLYN

JH: AKPB: Orang yang untung adalah orang yang belajar dari pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang. Manakala orang yang rugi adalah orang yang tak belajar dari mana~mana dan sesiapa.

LAGU: PENUTUP SHEK

Selasa, 9 Februari 2010

Sekrip Konti Selekta Selasa 9 Februari 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: SELASA, 09 FEBRUARI, 2010
MASA: 06.00 PETANG ~ 09.00 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN YUSOFF

SEGMEN 1 : USULUDDIN [INTRAKTIF RADIO]
Bersama Ybrs. Ustazah Puan Hajah Seripah Zain Syed Ali, Pensyarah Akadenik Pengajian Islam, Universiti Malaya
Nilam Puri.

Segmen 2 : IRAMA SENJA [HIBURAN DAKWAH]

LAGU : TUHAN~BIMBO

JH : Pesan orang tua~tua, katanya: “Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap”

LAGU : HIDAYAH~ROSEMARIA AB HAMID

JH : Pesan cerdik pandai: “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang. Kerana ketenangan itu sendiri berpunca dari jiwa”

LAGU : INSAN DAN AMALAN~FIRDAUS

JH : Pesan para ulama: “Perbuatan keji ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

LAGU : PEPATAH PUJANGGA~A RAMLIE


SEGMEN 3 : MELODI KENANGAN

JH : Bersama lagi dengan Shek dalam Melodi Kenangan Radio Malaysia Kelantan fm

LAGU : BILA DIBURU KENANGAN~SAMUDERA

JH : Ombak dan samudera memang tak pernah berpisah, begitu juga Manusia dan kenangan, sememangnya tak dapat dipisahkan

LAGU : SAMPAIKAN SALAMKU PADANYA~ SANISAH HURI
INGIN KU TAKLUKI HATIMU~SPRING_

JH : Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang manis pun tidak semuanya menyihatkan

LAGU : DI KAU KEKASIH~SUDIRMAN
KEIKHLASANKU~MIMI ASMIDAR

JH : Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor, seumpaman benih; tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang

LAGU : PENGORBANAN~SHARIFAH AINI
CINTAKU TERLARANG~JED

BREAK : AZAN ISYAK

LAGU : SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI~ALLEYCATS
SINAMBUNGAN CINTA~GRAVITY

JH : Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang: selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya

LAGU : BAYANGAN TANPA LUKA~WARISAN
UTUSKANLAH RINDU DIDOAKU~LESTARI

JH : Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

MUSIC : PENUTUP SHEK

Sabtu, 6 Februari 2010

sekrip konti selekta 6 feb 2010

MUSIK INTRO SENJA

JH Dalam perkiraan saya, genap setahun kita tidak bersama di ruangan Selekta Radio Malaysia Kelantan fm. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT, Saya diberi kesempatan bertemu dengan anda pada petang ini. Insyak Allah kita terus bersama sehingga jam sembilan malam nanti

LAGU RASA HATI~EFFA RIZAN

JH Memang terasa begitu rindu untuk bertemu dengan anda. Baiklah, petang ini apa saya nak buat ya. Apakata kalau kita bercerita, cerita dalam lagu. Cuba anda hayati lagu ini betul~betul, apa hasrat tersirat disebalik lagu ini.

LAGU INTAN LIANA~A RAMLIE

JH Begitulah harapan seorang ayah, mengharapkan setiap zuriatnya menjadi insan berguna. Bagaimana pula peranan seorang ibu.

LAGU JASA BONDA~WARISAN

JH Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Biar sejerih mana pun ibu bapa mereka.

LAGU PESANAN AYAH~AHMADI HASSAN

JH Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Justeru, Setiap anak wajib berbakti dan mentaati kedua ibu bapa

LAGU LAGU SAYANG AYAH~SAADIAH SAAD & JASA AYAH DAN IBU~LATIFF IBRAHIM

JH Penuhi permintaan ibu bapa lebih baik daripada jihad

LAGU JASA AYAH~KAMALIAH LATIFF

JH Kesemua lagu tadi menceritakan tentang kanak~kanak di bawah usia 12 tahun. Tapi selepas akil baligh, barangkali lain pula ceritanya. Dah remaja katakana.

LAGU INGIN BEBAS~JUNAINAH M AMIN

JH Ingin bebas.. mengusik rakan sebaya dan dah mula pandai, pandai itu dan ini. Usia remaja katakan..

LAGU CIPTAKAN MASA~VERSI

JH Satu pertanyaan saya, apakah lagu bakal saya siarkan nanti merupakan satu balasan terbaik, kepada orang tua kita. Kita dengar lagu ini.

LAGU PENGORBANAN~RAFEAH BUANG

JH Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka tidak akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya.

LAGU LAYAR KEINSAFAN~MESTIKA

JH Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah dan daripada jumlah itu, 9,415 berjaya ditemui sementara selebihnya tidak diketahui ke mana perginya. Daripada pecahan itu pula, 10,489 kes membabitkan remaja Muslim.

Menurut statistik, ada empat sebab remaja keluar rumah. Pertama: kerana mengikut teman lelaki, Kedua: terpengaruh rakan~rakan, yang ketiga: kerana masalah dalaman keluarga dan selebihnya kerana ingin kebebasan.


LAGU DOA~KRISDAYANTI & DOA~RAHIMAH RAHIM

JH Ikhtiar dan doa adalah senjata utama bagi orang mukmin, kerana ianya boleh mengubah nasib dan taqdir.


MUSIK INTRO MELODI KENANGAN~A RAZAK

JH Kita beralih ke bahagian ke dua selekta Kelantan fm, dengan sajian lagu~lagu retro.

LAGU DUGAANKU~NING BAIZURA

JH Hidup memang penuh dengan segala macam dugaan sebelum menutup mata..

LAGU TAMAN ASTAKONA~SLASH & RAHSIA POHON CEMARA~EXISTS

JH Jika kita tidak boleh menjadi pokok cemara di puncak bukit, Jadilah pohon-pohon kecil di lembah, yang mampu mengindahkan semua pandangan.

LAGU HINGGA TIBA SAAT INI~EYE & SELAMILAH HATI INI~ANIS SURAYA

JH Hari Dalam Sejarah Dunia: Perjanjian Segi Lima Ditandatangani
Pada 6 Februari tahun 1922, konferensi pembatasan senjata internasional berlangsung di Washington berakhir dengan Perjanjian Segi Lima. Perjanjian ini ditandatangani oleh lima negara peserta konferensi, yaitu AS, England, Perancis, Itali dan Jepun. Perjanjian ini, melarang penggunaan segala jenis gas kimia, bahan kimia beracun, dan gas pemati rasa dalam peperangan.

LAGU KESAN~FEBIANS & KEKASIH SANDARAN~LESTARI

JH Setiap manusia mempunyai kebaikan tersendiri dalam dirinya, Cuma terserah kepada diri masing~masing bagaimana mempergunakannya.

LAGU HIRISAN PERTAMA TERPAHAT SELAMANYA~FINAL LIST

JH Semalam kita begitu, hari ini kita begini dan esok entah apa akan terjadi, segalanya berkemungkinan.

LAGU SUNGGUH TAK KU SANGKA~X RAY

JH Akhir kata penyudah bicara: Jika kita mengaku, kita ini orang. jadilah orang, bukannya menjadi orang-orangan.

CLOSE PENUTUP SHEK