Khamis, 30 April 2009

Kronologi Pemastautinan

Kronologi Pemastautinan

Tempat Tinggal Pertama:


**Lokasi Kg Pkl Chuit**

Shek dilahirkan di sebuah Kampong, Pangkal Chuit namanya. Ianya terletak dalam Mukim Panyit, Daerah Temangan, Jajahan Machang. Sejak lahir sampailah usia 17 tahun Shek tinggal di kampong ini. Setahu Shek, ayah dan ibu Shek bukanlah anak jati kampong Pangkal Chuit. Mereka suami isteri hanyalah pendatang.

**Mengikut lisan Al~Marhum ayah Shek: Ayahandanya Syed Itam atau gelaran Che Tuan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, manakala bondanya memang anak jati Kelantan, berasal dari Kampong Sireh, Kota Bharu. Manakala sebelah ibu Shek pula berasal dari Salor. Tapi warisnya ramai menetap di Bukit Tiu, Machang.**

Walaupun telah lama Shek tinggalkan kampong kelahiran tapi ianya tetap segar dalam lipatan kenangan. Kawan sepermainan:
Ismail Mohamad [Bernama TV] http://wenpakacuet.blogspot.com/
Basir Mohamad [Pengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang]
Mohd Rawi Jusoh @ M Rawi Ali [Pejabat FAMA Daerah Grik, Perak]
masih tetap berhubung, samada melalui email mahupun telefon.

Begitu juga bila Shek melintasi Kg Pangkal Chuit sekali sekala untuk pulang ke rumah mentua di Kg Baru Bukit Besi, Temangan. Sesekali tersempak juga dengan Cik Gu W Mohd Adnan W Aziz [Kini menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Machang].

Cuma rakan sepermainan yang Shek tak tahu perkembangan mereka adalah:
Nik Rahimi Nik Yusoff [Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu]
Ahmad Khaidir Hamat [Telekom Malaysia]
Rosli Seman [Jabatan Perhutanan]
Ibrahim Azmi Mat Hassan [Jabatan Perhutanan]
Cik Gu Ahmad Mahmood [Entah mengajar dimana]
Cik Gu Manaf Yaakub [Pengetua Sekolah di Daerah Tanah Merah]
Ab Halim Jusoh [MARDI]
Ahmad Ismail @ Ahmad Tok Chek [KTMB]
Mohamad Ismail @ Mat Pak Tua Well [KTMB]
Ab Wahab Ahmad @ Wahab Chu [Staff Sekolah]
Mohd Zaki Hussein [Polis]
Ghani Omar [Polis]

Mereka inilah teman sepermainan Shek: sama~sama main bola, main senapang dan bedil buluh peleting di dalam semak bersama, sama~sama mencari buah kemunting, panjat pokok jambu tok penghulu Ghani bersama. Terawih di Balaisah Pak Chu Mamat bersama. Mentelaah pelajaran di rumah Basir bersama: Memang kami tak pernah berpecah, bergaduh jauh sekali.

Alangkah indah dan manisnya nostalgia musim kanak~kanak dan remaja, Tapi yang paling tak lupa adalah pusara Ayahanda di Tanah Perkuburan Islam (UJIB) Pangkal Chuit.

Tempat Tinggal Kedua:

**Lokasi Desa Rebana**


Sebelum mendapat keputusan SPM, Emak mengambil keputusan berpindah ke Desa Rebana atau masih dikenali sebagai Hutan Rebana, penduduk di sini menyebutnya Utebbana. Desa ini terletak berhampiran bandar Machang, Jalan masuk utama ke kampong ini berhadapan dengan Litar Memandu Machang. Shek remaja dan dewasa di Utebbana. Bertitik tolak dari situlah wujudnya Shek Tasikan Yusoff Al~Utebbana.

Selepas SPM diumumkan, Shek memohon memasuki Universiti Pertanian Malaysia [UPM] dan Institut Pertanian Malaysia [IPM], Shek memohon dalam bidang pertanian kerana Shek anak tani. Shek gagal ke UPM, tapi syukurlah Shek berjaya ke IPM Besut.

Shek kahwin agak lewat, kerana Shek lebih tumpukan perhatian kepada emak yang sentiasa uzur dan kepada dua orang anak angkat. Siti Aisyah dan Rose Yatimah:




**Wajah Kesayangan Shek: Ain sedang mendukung Tie**

Arwah emak meninggal dunia di Desa Rebana dan disemadikan di Tanah Perkuburan Lepan Rambutan. Selepas emak meninggal barulah Shek kahwin. Segala urusan peminangan dan perkahwinan Shek dengan Robiah bte Isa disempurnakan oleh mantan YB Dato Ismail Mamat dan Datin Rahimah Mohamad. Kerana waktu itu Shek bertugas di Angkasapuri Kuala Lumpur. Terima kasih Dato dan Datin, Jasa Dato dan Datin tak pernah Shek lupa.

Tempat Tinggal Ke Tiga



**Pelan Lokasi Kg Baru Bukit Besi**

Suatu tempat yang pernah mencatat sejarah sejak zaman pemerintahan kolonial Inggeris dan Jepun. Suatu kawasan yang pernah mengeluarkan hasil kepada negara, iaitu bijeh besi. Dan yang mencatat sejarah dalam hidup Shek pula, di kampong inilah Shek dan Robiah di akad nikah menjadi suami isteri. Di Kg Baru Bukit Besi Shek membeli satu lot tapak rumah atas daya usaha emak mertua:


**Inilah Tapak Gubuk Yang Bakal Di Bina**

Disinilah bakal berdirinya gubuk yang bakal di diami oleh Shek sekeluarga. Sementara menghabiskan usia yang masih bersisa.

Khamis, 9 April 2009

puteri2ku


Potret puteriku: Tuan Razianur Haifa 9 tahun [panggilan kakak] dan Tuan Nurul Anishaera 7 tahun [Panggilan Annik]

Isnin, 6 April 2009

muara diri

**sekadar gambar hiasan**

Di muara kesendirian ini: aku merenung arus hidup
yang mengalir dalam diri, aliran sejuk dari puncak gunung
sendu, tiba-tiba hangat dengan bara rindu.

Ayah: Telah ku laung namamu di pusar angin; Yang datang
padaku cuma gema. Gema suaraku mendesah menguncur
ke langit ke tujuh, memecah cakrawala sepi.
Yang ada cuma sunyi dan terasing.

Emak: Telah ku panggil nama mu di tujuh lautan. Yang hadir
padaku cuma ombak, mendebur dan pecah di tebing.
Yang tinggal cuma buih. lalu tenggelam ke tujuh petala bumi.
Emak: dimana kau harus ku cari?

Ayah dan Emak: Kini aku kembali ke dalam tubuh,
merenung muara diri. Dalam arus kesendirian ini,
tiba~tiba muncul sebatang tandatanya: Kemudian,
Tandatanya pun tenggelam
Dan akupun lemas dalam dunia keterasingan
Muara diri semakin sepi dan kerontang.
**blog kawan~kawan:
http://wanhanafi.blogspot.com/ [DJ Suara Felda di Kelantan fm]

aksara sebuah nama


Aksara sebuah nama:
Tertulis kukuh di sudut hati
Tak akan kehilangan makna
Tak mampu di hapus pada kalimat
Tak mungkin terlupus pada bicara
Saat membaca risalah mu
Tiga dekad lampau:
ada kedamaian tercatat mesra
kata demi kata menjadi rahasia
yang hanya mampu diterjemah
oleh bahasa rasa

Lalu ku angkat namamu
Sebagai Adik paling kusayangi
Tapi sayangnya: Kita tak pernah bersua