Jumaat, 9 April 2010

Sekrip Konti Selekta 08 April 2010

STESEN: RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
SEGMEN: SELEKTA
MASA: 8.00 MLM ~ 9.00 MLM
TARIKH: 08HB. APRIL, 2010
PENYIAR: SHEK TASIKAN YUSOFF

MUSIK: MELODI NOSTALGIA

JH: Bersama Shek lagi dalam Melodi kenangan: Untuk apa mengenang, jika ianya mengguris perasaan.

LAGU: AKU & KENANGAN~BRAINCONNECTION

JH: Impikanlah mimpi yang berlainan walaupun di atas katil yang sama.

LAGU: KITA YG TAK BERDOSA~KULIT
MUNGKINKAH~OJA

JH: Peluang selalu datang dalam keadaan kita tak bersedia. tapi bila masa kita bersedia, Peluang tak pernah muncul, jadi kita perlu rebut peluang yg ada.

LAGU: KAU YG TAK MENGERTI~TEJA
DILUAR KEMAMPUANKU~UKS

JH: Jadikanlah diri kita seumpama matahari, tetap bersinar meskipun awan tebal melitupi maya.

LAGU: DI ALUNAN RINDU~SHINE

NETIA: AZAN ISYAK

JH: Di Suatu saat, Kita akan pergi menghadap Illahi tak kira usia dan tak tahu bagaimana cara, Sama-samalah kita beribadat dan berdoa agar dipermudahkan menghembuskan nafas terakhir

LAGU: KEINSAFAN~KRABAT

JH: Biarlah kita menjadi gerimis, melembabkan yang kering. Menyuburkan yang gersang.

LAGU: DALAM GERIMIS~VISA
HATIKU BUKAN MILIKMU~EYE

JH: Kehilangan tidak semestinya kerugian. Ada masanya, ia menjadi lebih beruntung, kalaulah selama berada dengan kita, ianya tidak membawa bahagia.

LAGU: MASA LEPAS TAKKAN KEMBALI~DJ DAVE
CAMELIA 11~EBIET G ADE

MUSIK: PENUTUP MELODI NOSTALGIA

Khamis, 25 Mac 2010

Sekrip Konti Selekta 25hb. Mac 2010

RANCANGAN: MELODI NOSTALGIA
TARIKH: KHAMIS, 25HB. MAC, 2010
MASA: 08.00 ~ 09.00 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN


INTRO: MELODI NOSTALGIA

JH: Melodi nostalgia malam ini Shek memilih lagu yang ada kaitan dengan perkataan luka.

LAGU: WAKTU YANG TERLUKA~ARENA

JH: Cinta itu perasaan.. mesti ada suka.. pasti ada luka

LAGU: HATI YG TERLUKA~BATHERIA SONATA
DENDAM CINTA LUKA~UNIQUE

JH: Dari seribu perkataan, kita masih tidak dapat menerangkan apa maksud cinta, kasih sayang, pengorbanan, rindu dan terluka.

LAGU: ANTARA LUKA DAN RINDU~CROSFIRE
HATI SIAPA TAK LUKA~POPPY MERCURY

JH: Cinta umpama jarum, meskipun kecil tapi mampu membuat manusia terluka.

LAGU: HATIKU KAU LUKAKAN~ALLEYCATS
HATI YANG TERLUKA~BROERY MARANTIKA


JH: Bibir manusia terlalu mudah melafazkan kata, ada kalanya kita merasa bahagia, ada ketikanya rasa terluka.

LAGU: BAYANG TANPA LUKA~WARISAN

JH: Meskipun kesilapan boleh dimaafkan tapi kemaafan bukanlah pengubat hati yang terluka

LAGU: HATIKU LUKA LAGI~BDB

JH: AKPB: Luka yang paling menyakitkan dalam hidup bukanlah kematian, namun menjadi orang yang diabaikan.

CLOSING: MELODI NOSTALGIA

Ahad, 21 Mac 2010

Pujaan Enam Puluhan

RANCANGAN: PUJAAN ENAMPULUHAN
MASA/TARIKH: 5.30 PTG/20HB. MAC, 2010
PENYIAR: SHEK TASIKAN

INTRO: PUJAAN POP YEH YEH

JH: Irama pujaan pop yeh yeh petang ini dimulakan dengan lagu ciptaan Salamah Basiron, nyanyian A Ramlie iringan kugiran The Click IV, kita dengar lambaian desa.

LAGU: LAMBAIAN DESA~A RAMLIE & THE CLICK IV

JH: Sebuah lagu berunsur perpaduan.. Ada beberapa penyanyi tahun enam puluhan meletakan huruf J didepan nama mereka, Minggu ni, Shek akan menyiarkan lagu~lagu sebahagian penyanyi yang ada huruf J.

LAGU: SELAMAT BERKENALAN~A KADIR JELANI & SAWARNA

JH: A Kadir Jelani bersama kugiran Sawarna. Selain kugiran Sawarna A Kadir banyak terlibat dengan kugiran lain, antaranya The Braile Boys dan The Wanderers. Lagu tadi pernah dirakam semula oleh Noraniza Idris.

LAGU: BAHAGIA MENJELMA~A KARIM JAIS & LES FENTONES

JH: Les Fentones terdiri daripada A Karim Jais, A Manaf, Fatimah H.S dan M Osman. antara Lagu yang popular... Bahagia Menjelma dan Julaidah Nyanyian A Karim Jais, Saat Bahagia nyanyian Cik Gu A Manaf Ahmad, Pengorbanan Fafimah H.S, Mawarku Pergi - M Osman

LAGU: DI PINGGIR KALI~J SHAM & THE WANDERERS

JH: J Sham adalah bekas pensyarah muzik di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. The Wanderers dianggotai oleh Latiff Hashim, (bass), Abdul Rahim Abdul Karim, (gitar utama), Talha Idris, (gitar kedua) dan Yahya Ahmad, (dram).

LAGU: PERMOHONAN KU~J ISMAIL & D’IRAMA

JH: Permohonanku lagu dicipta oleh S. Azim Tjan, lagu ini kurang menyerlah kalau dibanding dengan lagu lupakan aku nyanyian J Ismail & D’Irama.

LAGU: ENTAHLAH~J RUKIMIN & LES KAFILAS

JH: Entahlah nyanyian J Rukimin atau Nama sebenarnya Rukimin Judie, sebut perkataan Les, Insyak Allah di minggu akan datang, Shek akan kumpulkan lagu~lagu daripada kugiran bermula dengan Les.

LAGU: RAYUANKU~J KAMISAH & THE WISMA

JH: J. Kamisah juga pernah berlakon dalam filem Jiran Sekampung (keluaran 1966) arahan Hussain Haniff terbitan Cathay Keris. Dia pegang watak kekasih kepada Tony Kassim.

LAGU: SUMPAH SETIA~AHMAD JAIS

JH: Ada sekurang2nya 7 penyanyi yang namanya bermula dengan huruf "J". J Kamisah (The Wisma). J Rukimin (Les Kafilas). J Ismail (D Irama). J.M.DIn (Irkadesa). J.M Noor (Fabulous Flame). J Minhad (The Siglap Boys), J Sham. Mereka semua ni bukannya adik beradik. Hanya secara kebetulan.. Akhir sekali Sebuah lagu bonus untuk lagu Import dari negara jiran, Elya M Harris

LAGU: MALAM BERBINTANG~ELYA M HARRIS

Khamis, 11 Mac 2010

Sekrip Konti Selekta 11hb. Mac 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: KHAMIS, 11 MAC, 2010
MASA: 6.00 PETANG ~ 9.00 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN

INTRO: MELODI KENANGAN

JH: Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian

LAGU: DULU DAN SEKARANG~BDB

JH: Sekiranya kita mahu sesuatu, kita pasti mencuba dengan seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada berjuta alasan

LAGU: KU MENANGIS KEHILANGANMU~SCOIN
HUJAN~SUDIRMAN

JH: Jangan ditangisi setiap jerih yang kita lalui semalam, anggaplah kepayahan itu sesuatu dorongan untuk hari depan

LAGU: HIASAN~OLAN
IMPIAN HAMPA~BUBBLE

JH: 99% kegagalan datang dari orang-orang yang berputus asa dan suka memberi alasan

LAGU: KAU TETAP DIJENDELA KENANGANKU~EYE
HANYA NYANYIAN DALAM SEPI~CHRIS VADHAM

JH: Tiada keindahan dalam sebuah kehidupan tanpa merasai kepahitan

LAGU: CINTAKU TERLARANG~JED

JH: Ciptakan masa depan kita daripada masa kini, bukannya daripada masa silam

LAGU: SEKELIP MATA KAU BERUBAH~LESTARI

JH: AKPB: Biarkan hari kelmarin berlalu bagaikan mimpi. Yang perlu kita hadapi adalah hari esok, corakkan esok dengan harapan, kerana esok adalah realiti kehidupan sebenarnya.

CLOS: CLOSING MELODI KENANGAN

Khamis, 4 Mac 2010

Sekrip Konti Selekta 4hb. Mac 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: KHAMIS, 04HB, MAC, 2010
MASA 0600 PETANG ~ 0900 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN

SEGMEN [1]: SOAL JAWAB AGAMA [INTRAKTIF RADIO
Bersama Ybhg Ustaz Haji Zainal Abidin Ab Rahman

SEGMEN [2]: HIBURAN SENJA [IRAMA DAKWAH]

LAGU: DUNIA ITU SATU~HUSEIN MERICAN

JH: Nilai hidup diukur dengan amalan..bukan kebendaan, kerana kebendaan hanyalah satu godaan dunia
LAGU: GODAAN DUNIA~RUKIAH ZAIN

JH: Ada dua jenis manusia yang paling gagal dalam hidup, Pertama: yang tidak cekap membuat apa yang disuruh, dan yang kedua: hanya membuat apabila disuruh
LAGU: HIDUP DAN KESEDARAN~RINA RAHMAN

JH: Iman bukan perkara hiasan, tapi apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
LAGU: MANUSIA DISISI TUHAN~NOR ASIAH JAMIL

NETIA: AZAN MAGHRIB

SEGMEN [3]: MELODI KENANGAN

JH: Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat

LAGU: MENGENANG DIKAU KEMBALI~LATIF IBRAHIM

JH: Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
LAGU: SEGALANYA MUNGKIN~HEADWIND
TANGISAN SEMALAM~UJI RASHID

JH: Tangisan bukanlah suatu obat atau penawar mujarab untuk hati yang terluka dan disakiti.

LAGU: AIRMATA PENGANTIN~KRIKET
KU TAK INGIN MENANGIS LAGI~DJ DAVE

JH: Untuk apa menangis, kalaulah tangisan kita ditertawakan orang

LAGU: KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA~SCAN
DIRIKU KAU LUPAKAN~HAIL AMIR

Andainya kehadiran seseorang hanya sekadar untuk mengecewakan, lebih baik ianya tidak perlu hadir
LAGU: KURELAKAN KAU PERGI~NIMA SAUFI


NETIA: AZAN ISYAK

LAGU: KITA AKAN DIJEMPUT~UKAYS
TITIAN HASRAT~SAMUDERA

JH: Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
LAGU: MAHLIGAIMU DARI AIRMATAKU~LESTARI
TIADA JALAN KEMBALI~J MIZAN

JH: AKPB: Usah menangis kerana gagal dalam cinta.. sebab manusia akan meninggalkan apa sahaja yg di cinta
LAGU: PENUTUP SHEK

Selasa, 2 Mac 2010

Sekrip Konti Selekta 25 Feb 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
MASA/TARIKH: 6.00 ~ 9.00 MALAM, KHAMIS, 25 FEB. 2010
PENYIAR: SHEK TASIKAN YUSOFF

SEGMEN [1]: SOAL JAWAB AGAMA [INTRAKTIF RADIO]:
Bersama Ybhg Ustaz Haji Zainal Abidin Ab Rahman

SEGMEN [2]: MELODI MOTIVASI [IRAMA DAKWAH]

JH: Meneruskan Selekta petang ini, kita hayati irama dakwah dengan sajian lagu~lagu melodi motivasi.

LAGU: DOA DALAM IRAMA~ORKES EL SURAYA

JH: Doa merupakan senjata dan alat perhubungan utama orang mukmin, selain daripada usaha dan ikhtiar.

LAGU: BAGAI MALAM DENGAN SIANG~RAFEAH BUANG

JH: Kata bijak pandai: Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan dan kejahilan pula adalah punca kesesatan.

LAGU: DUNIA HANYA PINJAMAN~UJI & DATO AHMAD NAWAB

JH: Kesedaran tidak pernah datang, selagi manusia tidak terlanjur dan tersilap.

LAGU: JUNJUNGAN MULIA~AL MIZAN

BREAK: AZAN MAGHRIB
BACAAN AL QURAN & TERJEMAHAN

SEGMEN [3]: MELODI NOSTALGIA

JH: Dalam mengharung hidup, manusia di beri dua pilihan. Samada ingin hidup bahagia atau sebaliknya.

LAGU: MADU & RACUN~BILL & BROD
JH: Pilihan terbaik merupakan transformasi diri untuk kita melangkah lebih dewasa

LAGU: BULAN MADU DALAM HEMPEDU~LAXMANA
KEMANA KU KAN PERGI~SHARIFAH AINI

JH: Hidup: sebuah perjalanan. Kita tidak akan menyangka apa yang akan kita temui dan hadapi. Apakah ianya semanis madu atau sepahit hempedu.

LAGU: SEMANIS MADU SEPAHIT HEMPEDU~SALEENA
MATA DUITAN~M SHARIFF

JH: Ada kalanya dalam perjalanan tersebut kita akan jatuh dan luka. Namun ia tidak bererti kita harus kalah untuk terus melangkah.

LAGU: TERATAI LAYU DITASIK MADU~FAUZIAH LATIFF

BREAK AZAN ISYAK

LAGU: MENGAPA SEPI TANPA BERITA~THE STEPS
ITU SUDAH SURATAN~RASS

JH: Itu sudah suratan: Kata kumpulan RASS. Mungkin benar, selagi kita bernama manusia. Hidup tidak pernah menjanjikan kebahagiaan tetapi tidak bermakna kita tidak mempunyai hak untuk hidup bahagia.

LAGU: KAU KUSAYANGI~LAST MINUTE

JH: AKPB: Mempercayai diri kita lemah sebelum betul-betul terbukti kita lemah, adalah kelemahan kita yang paling lemah

CLOSING: DIALOG PENUTUP SHEK

Sekrip Konti Selekta 18 Feb 2010

RANCANGAN: SELEKTA KELANTAN fm
TARIKH: 18HB. FEBRUARI, 2010
MASA: 6.00 PETANG ~ 9.00 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN YUSOFF

SEGMEN 1: SOAL JAWAB AGAMA [INTRAKTIF RADIO]
Bersama YBhg Ustaz Haji Zainal Abidin Ab Rahman

SEGMEN 2: IRAMA DAKWAH

LAGU: RENUNGKANLAH~J MIZAN

JH: Menerusi irama motivasi petang ini, Shek ingin memperkatakan tentang hidup dan kehidupan. Sebab yang mendengar siaran Radio Malaysia Kelantan fm saat ini, semuanya adalah orang yang masih hidup.

LAGU: HIDAYAH~ROSMARIA AB HAMID

JH: Hidup adalah suatu hikmah bagi orang yang menghargai Kehidupan dan menyedari nikmat yang telah disediakan.

LAGU: KEAGUNGAN TUHAN~D’LLOYDS

JH: Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita.

LAGU: SERUAN MUADZIN~FARIDAH M AMIN

JH: Kita bukanlah seperti habuk yang berterbangan. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan, hidup kita mempunyai misi dan halatuju. Halatuju Muslim hanya satu, Hanya kepada yang Satu.

LAGU: PEPATAH PUJANGGA~A RAMLIE

NETIA
AZAN MAGHRIB
SEGMEN 3: MELODI KENANGAN/INTRO

JH: Mengimbas detik semalam, merenung hari kelmarin, kita dapat mengubah corak kita di hari esok.

LAGU: MENENTANG BADAI~ KEMBARA & HABIBAH OTHMAN
_
JH: Kehidupan perlu diselitkan dengan cinta dan kasih sayang. Tanpa unsur kasih sayang, kehidupan akan terasa kekosongan.

LAGU: KEMBANG TERHALANG~GAMMA
KASIH KU PENDAM DALAM DIAM~FLORA SANTOS

JH: Flora Santoz merupakan pemenang tempat ke tiga, manakala Lanny Lim Mui Lan memenangi tempat kedua dan Jamal Abdillah memenangi tempat pertama pertandingan bintang RTM 1980

LAGU: KEMANA KU BAWA HATI YANG RINDU~JAMAL ABDILLAH
KENANGAN DI TAMAN CINTA~TEJA

JH: Kumpulan Teja mula dikenali semenjak tahun 1991. Sebahagian besar anggota Teja merupakan bekas Kumpulan Fantasia yang telah dibubarkan, ahlinya terdiri daripada: Dino – Drum, Syed – Guitar, Rashid – Vocal, Din – Guitar, Empy – Bass.

LAGU: RINDUKU DI PUNCAK SEPI~DWEN

JH: Kehidupan tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian.

LAGU: AKU SAYANG KAU PUN SAYANG~MAUREEN SANTIAGO
MAINAN SEPI~MEGA

JH: Sepi, terasing dan menyendiri, akan membuatkan kita lemah. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

LAGU: DUNIA KITA BERBEZA~ROZITA IZZLYN

JH: AKPB: Hidup bukanlah suatu jalan yang mendatar dan ditaburi bunga~bunga indah; adakalanya duri bertabur dan siraman airmata

LAGU: CLOSING/SHEK THEME

Khamis, 11 Februari 2010

Sekrip Konti Selekta 11hb. Feb 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: KHAMIS, 11HB FEBRUARI, 2010
MASA 0600 PETANG ~ 0900 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN

SEGMEN [1]: SOAL JAWAB AGAMA [INTRAKTIF RADIO
Bersama Ybhg Ustaz Haji Zainal Abidin Ab Rahman

SEGMEN [2]: HIBURAN SENJA [IRAMA DAKWAH]

LAGU: KITA AKAN DIJEMPUT~UKAYS

JH: Adab dan akhlak: ibarat pokok. Manakala kemasyhuran umpama bayang-bayang. Tetapi kebiasaan nya, orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya.

LAGU: DOA~UNGU

JH: Kemasyhuran menjanjikan kebahagiaan: Tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan

LAGU: EGOIST~MESTICA

LAGU: NUR TUHAN~MUNIF AHMAD

AZAN MAGHRIB


SEGMEN [3]: MELODI KENANGAN

JH: Melodi Kenangan bersama Shek di Radio Malaysia Kelantan fm malam ini membawa tema kasih sayang.

LAGU: KEKASIH KU CINTA KU RINDU~TROPIKA

JH: Kasih sayang seumpama jambatan: Menghubungkan dua pihak, saling memberi dan saling menerima.

LAGU: MENGHARAP KASIH~SABRINA & MENJULANG KASIH~ZAID

JH: Ada ketikanya kebahagiaan berselindung disebalik kepayahan

LAGU: KERANA KASIH PADAMU~SAMUDERA & DISINI KASIHKU ABADI~RAHMAT

JH: Tidak mustahil: Orang yang paling kita sayangi saat ini, adalah orang yang pernah kita benci satu ketika dahulu.

LAGU: KEINSAFAN~KRABAT

AZAN ISYAK

LAGU: KESAN~FLYBAITS

LAGU: NYANYIAN RINDU BUAT KEKASIH~DATA & AKU KETINGGALAN~ROZITA IZLYN

JH: AKPB: Orang yang untung adalah orang yang belajar dari pengalaman diri sendiri dan pengalaman orang. Manakala orang yang rugi adalah orang yang tak belajar dari mana~mana dan sesiapa.

LAGU: PENUTUP SHEK

Selasa, 9 Februari 2010

Sekrip Konti Selekta Selasa 9 Februari 2010

RANCANGAN: SELEKTA RADIO MALAYSIA KELANTAN fm
TARIKH: SELASA, 09 FEBRUARI, 2010
MASA: 06.00 PETANG ~ 09.00 MALAM
PENYIAR: SHEK TASIKAN YUSOFF

SEGMEN 1 : USULUDDIN [INTRAKTIF RADIO]
Bersama Ybrs. Ustazah Puan Hajah Seripah Zain Syed Ali, Pensyarah Akadenik Pengajian Islam, Universiti Malaya
Nilam Puri.

Segmen 2 : IRAMA SENJA [HIBURAN DAKWAH]

LAGU : TUHAN~BIMBO

JH : Pesan orang tua~tua, katanya: “Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap”

LAGU : HIDAYAH~ROSEMARIA AB HAMID

JH : Pesan cerdik pandai: “Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang. Kerana ketenangan itu sendiri berpunca dari jiwa”

LAGU : INSAN DAN AMALAN~FIRDAUS

JH : Pesan para ulama: “Perbuatan keji ibarat baja, makin ditabur makin subur.”

LAGU : PEPATAH PUJANGGA~A RAMLIE


SEGMEN 3 : MELODI KENANGAN

JH : Bersama lagi dengan Shek dalam Melodi Kenangan Radio Malaysia Kelantan fm

LAGU : BILA DIBURU KENANGAN~SAMUDERA

JH : Ombak dan samudera memang tak pernah berpisah, begitu juga Manusia dan kenangan, sememangnya tak dapat dipisahkan

LAGU : SAMPAIKAN SALAMKU PADANYA~ SANISAH HURI
INGIN KU TAKLUKI HATIMU~SPRING_

JH : Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang manis pun tidak semuanya menyihatkan

LAGU : DI KAU KEKASIH~SUDIRMAN
KEIKHLASANKU~MIMI ASMIDAR

JH : Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor, seumpaman benih; tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang

LAGU : PENGORBANAN~SHARIFAH AINI
CINTAKU TERLARANG~JED

BREAK : AZAN ISYAK

LAGU : SEKUNTUM MAWAR MERAH SEBUAH PUISI~ALLEYCATS
SINAMBUNGAN CINTA~GRAVITY

JH : Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang: selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya

LAGU : BAYANGAN TANPA LUKA~WARISAN
UTUSKANLAH RINDU DIDOAKU~LESTARI

JH : Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

MUSIC : PENUTUP SHEK

Sabtu, 6 Februari 2010

sekrip konti selekta 6 feb 2010

MUSIK INTRO SENJA

JH Dalam perkiraan saya, genap setahun kita tidak bersama di ruangan Selekta Radio Malaysia Kelantan fm. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah SWT, Saya diberi kesempatan bertemu dengan anda pada petang ini. Insyak Allah kita terus bersama sehingga jam sembilan malam nanti

LAGU RASA HATI~EFFA RIZAN

JH Memang terasa begitu rindu untuk bertemu dengan anda. Baiklah, petang ini apa saya nak buat ya. Apakata kalau kita bercerita, cerita dalam lagu. Cuba anda hayati lagu ini betul~betul, apa hasrat tersirat disebalik lagu ini.

LAGU INTAN LIANA~A RAMLIE

JH Begitulah harapan seorang ayah, mengharapkan setiap zuriatnya menjadi insan berguna. Bagaimana pula peranan seorang ibu.

LAGU JASA BONDA~WARISAN

JH Anak yang baik tidak melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa. Biar sejerih mana pun ibu bapa mereka.

LAGU PESANAN AYAH~AHMADI HASSAN

JH Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan mulia. Justeru, Setiap anak wajib berbakti dan mentaati kedua ibu bapa

LAGU LAGU SAYANG AYAH~SAADIAH SAAD & JASA AYAH DAN IBU~LATIFF IBRAHIM

JH Penuhi permintaan ibu bapa lebih baik daripada jihad

LAGU JASA AYAH~KAMALIAH LATIFF

JH Kesemua lagu tadi menceritakan tentang kanak~kanak di bawah usia 12 tahun. Tapi selepas akil baligh, barangkali lain pula ceritanya. Dah remaja katakana.

LAGU INGIN BEBAS~JUNAINAH M AMIN

JH Ingin bebas.. mengusik rakan sebaya dan dah mula pandai, pandai itu dan ini. Usia remaja katakan..

LAGU CIPTAKAN MASA~VERSI

JH Satu pertanyaan saya, apakah lagu bakal saya siarkan nanti merupakan satu balasan terbaik, kepada orang tua kita. Kita dengar lagu ini.

LAGU PENGORBANAN~RAFEAH BUANG

JH Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka tidak akan mendapat keberkatan dalam kehidupannya.

LAGU LAYAR KEINSAFAN~MESTIKA

JH Fakta mencatatkan sejak 2003 hingga sekarang, 16,020 remaja bawah umur 17 tahun lari dari rumah dan daripada jumlah itu, 9,415 berjaya ditemui sementara selebihnya tidak diketahui ke mana perginya. Daripada pecahan itu pula, 10,489 kes membabitkan remaja Muslim.

Menurut statistik, ada empat sebab remaja keluar rumah. Pertama: kerana mengikut teman lelaki, Kedua: terpengaruh rakan~rakan, yang ketiga: kerana masalah dalaman keluarga dan selebihnya kerana ingin kebebasan.


LAGU DOA~KRISDAYANTI & DOA~RAHIMAH RAHIM

JH Ikhtiar dan doa adalah senjata utama bagi orang mukmin, kerana ianya boleh mengubah nasib dan taqdir.


MUSIK INTRO MELODI KENANGAN~A RAZAK

JH Kita beralih ke bahagian ke dua selekta Kelantan fm, dengan sajian lagu~lagu retro.

LAGU DUGAANKU~NING BAIZURA

JH Hidup memang penuh dengan segala macam dugaan sebelum menutup mata..

LAGU TAMAN ASTAKONA~SLASH & RAHSIA POHON CEMARA~EXISTS

JH Jika kita tidak boleh menjadi pokok cemara di puncak bukit, Jadilah pohon-pohon kecil di lembah, yang mampu mengindahkan semua pandangan.

LAGU HINGGA TIBA SAAT INI~EYE & SELAMILAH HATI INI~ANIS SURAYA

JH Hari Dalam Sejarah Dunia: Perjanjian Segi Lima Ditandatangani
Pada 6 Februari tahun 1922, konferensi pembatasan senjata internasional berlangsung di Washington berakhir dengan Perjanjian Segi Lima. Perjanjian ini ditandatangani oleh lima negara peserta konferensi, yaitu AS, England, Perancis, Itali dan Jepun. Perjanjian ini, melarang penggunaan segala jenis gas kimia, bahan kimia beracun, dan gas pemati rasa dalam peperangan.

LAGU KESAN~FEBIANS & KEKASIH SANDARAN~LESTARI

JH Setiap manusia mempunyai kebaikan tersendiri dalam dirinya, Cuma terserah kepada diri masing~masing bagaimana mempergunakannya.

LAGU HIRISAN PERTAMA TERPAHAT SELAMANYA~FINAL LIST

JH Semalam kita begitu, hari ini kita begini dan esok entah apa akan terjadi, segalanya berkemungkinan.

LAGU SUNGGUH TAK KU SANGKA~X RAY

JH Akhir kata penyudah bicara: Jika kita mengaku, kita ini orang. jadilah orang, bukannya menjadi orang-orangan.

CLOSE PENUTUP SHEK

Jumaat, 29 Januari 2010

Kamar Sepi [ii]



Aku rumah yg terpencil:
maka lapangkan aku dgn selalu membaca Al-Quran.
Aku rumah yg gelap:
maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.
Aku rumah penuh tanah dan debu:
bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.
Aku rumah ular berbisa:
maka bawalah amalan "Bismillah" sebagai penawar.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir:
maka banyaklah bacaan
"Laa illallaha IllalLah, Muhammadur Rasulullah"
supaya kamu fasih memberi jawapan.


~akan datang youtube kamar sepi [i]

Rabu, 20 Januari 2010

Tiada Jalan Kembali~J Mizan



J Mizan atau nama sebenarnya Jantan bin Mizan lahir di Kota Singa pada tahun 1953. Tapi keluarga asalnya bermastautin di Lenggeng, Negeri Sembilan. Antara lagu~lagu yang pernah dinyanyikan olehnya ialah:

1. Tiada Jalan Kembali/Ingin Berjumpa/
Desa Permai/Hujan Sore Sore
(National, NE-3058)

2. Hari Ini Dan Semalam/Kalau Ku Bayangkan/
Renongkanlah/Merak Kayangan
(National, NE-3043)

3. Esok Datang Lagi (Juwitaku)/Melati Di Tapal Batas/
Mencari Kesayanganku/Kehilangan
(EMI/Parlophone, S-EGEP 778)

4. Berpura-pura/Hatiku Dan Hatimu/
Aduh Sayang/Senandung Malam
(EMI/Parlophone, S-EGEP 784)

5. Jangan Diulang Lagi/Ku Rela Kau Pergi/
Dia Menawan Hati/Mengapa
(EMI/Parlophone, S-EGEP 805)

6. ALUNAN SUARA J. MIZAN (Best, JM 5678)
Hanya Perasaan/Kenangan Seniman Agong/
Setelah Ku Pandang/Joget Berpandangan/
Tiada Jalan Kembali/Semalam Di Desa/
Ku Membawa Diri/Sayang Tiada Lagi/
Tenangkan Hati/Ingin Berjumpa/Desa Permai/
Hujan Sore Sore

Isnin, 18 Januari 2010

Harapan Hampa Nyanyian Deddy M Borhan



Sebuah memori yg mampu mengimbau kenangan. Lagu ini adalah sound track filem melayu lama[semakin klasik]. Hapuslah Airmata Mu

Selasa, 12 Januari 2010

catatan untuk seorang adik

Catatan Untuk Seorang Adik

tanpa ucap selamat tahun baru:
kitapun menghadiahkan sekuntum senyum sinis
KITA~lah pemburu waktu yg kehilangan belantara usia
merenung detik berdetak
dan KITA pun membuka jendela
merenung kosong ke kaki langit
yang ada:
gumpalan kabut tebal membalut hati
kian membeku dengan sombong dan bangga diri

begitulah kita sesungguhnya:
kita memang tak pernah menyembunyikan sesuatu dari diri
kita sememangnya banyak persamaan
cuma: nafas kita tak pernah bersatu
dan tidak akan bersatu