Rancangan: Puisirama Khas Aidil Adha
Tarikh Siaran: Sabtu, 28 November, 2009
Masa: Jam 5.20 Petang
Penyampai: Meriam Mohd Jamaliah Romi & Tasikan Yusoff
Penerbit: Tasikan Yusoff
MUZIK
PEMBUKAAN RANCANGAN
JH
Setelah ku bilang aksara empat belas kurun
Kusibak kilat senyum dalam fikir jernih:
Apakah hidup telah kehilangan doa dan ikhtiar
Sebelum dan sesudah menerima petunjuk
Sedangkan kehidupan tak pernah usai
Mengundang dendam kesumat dan amarah
menghamilkan perkelahian dan tingkah!
Sekali lagi Radio Malaysia Kelantan fm menyingkap citra cinta dan pengorbanan menerusi Puisirama Khas Aidil Adha
MUZIK
PEMBUKAAN RANCANGAN DILANJUTKAN
JH
Dalam murung maha nestapa
Adam persiapkan diri melewati pintu ke pintu
Memberi salam dan meninggalkan Tasbih - Mawar.
Witir ngilu di hujung tangis perpisahan
Dari tangga syurga
Ia melangkah dan mengheret jubah
Menuruni malam pekat berbekal doa dan kesal
Kerana kurdi terlarang dan hasutan durja
Taman mewah kehilangan hakmilik
Dalam pekat maha gelap
Sang Adam berlabuh di Puncak Tertinggi
Di Tengah Segara Buana
Tanpa kompas dan peta
Mengharung ujian getir seorang manusia
Bersendirian dan terasing
Berbekalkan doa dan syukur
Sebenarnya Adam bukan menerima kutukan
Namun sebuah anugerah keajaiban
Yang tak perlu kita tanya!
MUZIK
SELINGAN/LAGU: HAJI~RAMLI SARIP
JH
Antara Qabil dan Habil:
Bungkusan cinta sang Hawa bekalkan
Bukan lagi menjadi sarapan
Cangkir kasih Sang Adam gantungkan
Tidak lagi penghilang dahaga
Kerana haloba dan iri
Kerana dendam dan amarah
Bungkusan dan cangkir terhempas
Berderai pecah lewat senja yang rapuh
Tercatatlah: Korban Pertama di Alam Maya
Dalam selembar sejarah luka.
Sampai kinipun:
Hanyir darah meresap ruap di Bumi Palastin
Menyiram seluruh perbukitan Afghanistan
Mengalir deras di arus Tigris
Berombak dan membadai
Suara tangis mengatasi azan dan zikir.
MUZIK
SELINGAN/LAGU: DI ALUNAN RINDU~AXTHARA
JH
Ya Siin:
Benarkah engkau mengukir cinta dalam mabuk laku.
Apakah Kau seperti Musa di Lembah Thuwa'?
Tertiarap Rindu. Berdegup kalbu.
Apakah Kau bagai Ibrahim, yakin api itu dingin?
Dan Kebesaran Cinta meminta korban leher Ismail.
Benarkah Cinta yang terukir cantik di kilauan kata lahir
mengalir di angin mendesir, Mabuk di dalam zikir.
Ya Sin:
Jika cinta yang tak mengenal musim.
Tafsirkan cumbu-Mu dalam peluk tahajud
Kau renangi Laut Malam dalam asyik.
Dan biarkan bibirmu bergetar mengunyah tahmid
Dalam doa dan syukur
MUZIK
SELINGAN/LAGU:DOA~ZUBIR ALI [HARMONI]
JH
Waraskah Hajar?
Merangkak dan berlari mencari air
Menepuk bumi di Tanah tandus
Melakar alur di bumi gersang
Membina batas di padang kering
Antara Saffa dan Marwah
Terentang nikmat terdinding dari matalahir
Ibrahim di suluh cahaya Kerahmatan
Ismail menerima anugerah Keabadian
Hajar di Mahkotakan piala agung sang ratu dunia
Sesungguhnya:
Zamzam yang manis bukti percintaan dan Rindu
Petanda awal Nur Muhammad
MUZIK
SELINGAN/LAGU: MIMPI DILAMAN MENTARI~SHINE
JH
Muhammad:
Kesenyapanmu berjalan dalam kelam
Menangkap mengikat segala hati
Keras beku jadi cair.
Dalam panas mengganggang
Menghisap segala jadi kering,
Engkaulah air basah
Menyejuk kalbu yang runsing.
Kerana dari mula: Engkau jadi ubat dan penawar.
Sampai di mana kesulitan: Engkaulah perawat.
Bumi jiwa yang tandus: Kau siramkan dengan iman
Tasik hati yang gersang: Kau alirinya dengan takwa
Lubuk kalbu yang kerontang: Kau sapukan dengan Ehsan
Dosa dan noda bertimbun: Telah kau janjikan dengan sufaat
Itulah pengorbanan Agung dari mu Muhammad
MUZIK
PENUTUP RANCANGAN
JH
Cuma setakat ini Puisi Khas Aidil Adha kali ini. Selamat menyambut Hari Raya Korban dari kami warga kerja Radio Malaysia Kelantan fm.
MUZIK
PENUTUP RANCANGAN DILANJUTKAN
Rabu, 18 November 2009
Sabtu, 24 Oktober 2009
Selamat Menyambut Hari Jadi
Selasa, 29 September 2009
Munsyi Kayanya Bahasa Kita
Munsyi Kayanya Bahasa Kita
Barangkali ramai yang belum melihat wajah munsyi DBP Wilayah Timur yang sering ke Udara bersama Shek di ruangan Rampai Budaya segmen Kayanya Bahasa Kita di Radio Malaysia Kelantan fm. Sebuah rancangan intraktif radio yang disiarkan pada setiap khamis, jam 5.15 petang hingga 6.00 petang.
Tuan Haji Mohammed bin Harun:

Seorang pendidik yang banyak berpengalaman, pernah mengajar di Malaysia Timur sebelum berpindah ke Semenanjung. Kini bertugas sebagai guru kanan di SMK Pangkal Kalong, Kota Bharu.
En. Abdullah bin Mohd Yassin:

Seorang pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Sebelum ini beliau pernah mengajar di beberapa buah sekolah menengah.
Untuk akan datang: anda akan dapat ikuti blog Kayanya Bahasa Kita yang akan memperkatakan perkataan dailek kelantan yang akan ke udara pada minggu berikutnya.
Isnin, 28 September 2009
Kenangan Lalu Kuala Lumpur
Kenangan Lalu


Sebelum raya lepas Shek mencari sesuatu di antara celahan buku~buku lama, tiba~tiba terjumpa benda ini. Barangkali: tiket ini sebagai satu petanda Shek seringkali berulang alik dari Stesen KTMB Putra ke Angkasapuri. Kalau ke hentian putra ada dua perkara sahaja:
Pertama~untuk membeli tiket pulang ke Kelantan dan
Kedua~untuk merasai masakan ala~kelantan di tingkat Satu Hentian Putra
Jumaat, 18 September 2009
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Lebaran
Tak pernah pasti: Apakah ini kali yang terakhirJika benar: Dikesempatan ini Shek & Keluarga
mohon infiniti kemaafan.
Namun jika masih diberi ruang & peluang
Insyak Allah akan bertemu lagi.
Selamat Menyambut Lebaran
Maaf Zahir & Batin
Langgan:
Catatan (Atom)
