Jumaat, 11 Disember 2009
Rabu, 9 Disember 2009
Rabu, 18 November 2009
sekrip puisirama khas aidil adha
Tarikh Siaran: Sabtu, 28 November, 2009
Masa: Jam 5.20 Petang
Penyampai: Meriam Mohd Jamaliah Romi & Tasikan Yusoff
Penerbit: Tasikan Yusoff
MUZIK
PEMBUKAAN RANCANGAN
JH
Setelah ku bilang aksara empat belas kurun
Kusibak kilat senyum dalam fikir jernih:
Apakah hidup telah kehilangan doa dan ikhtiar
Sebelum dan sesudah menerima petunjuk
Sedangkan kehidupan tak pernah usai
Mengundang dendam kesumat dan amarah
menghamilkan perkelahian dan tingkah!
Sekali lagi Radio Malaysia Kelantan fm menyingkap citra cinta dan pengorbanan menerusi Puisirama Khas Aidil Adha
MUZIK
PEMBUKAAN RANCANGAN DILANJUTKAN
JH
Dalam murung maha nestapa
Adam persiapkan diri melewati pintu ke pintu
Memberi salam dan meninggalkan Tasbih - Mawar.
Witir ngilu di hujung tangis perpisahan
Dari tangga syurga
Ia melangkah dan mengheret jubah
Menuruni malam pekat berbekal doa dan kesal
Kerana kurdi terlarang dan hasutan durja
Taman mewah kehilangan hakmilik
Dalam pekat maha gelap
Sang Adam berlabuh di Puncak Tertinggi
Di Tengah Segara Buana
Tanpa kompas dan peta
Mengharung ujian getir seorang manusia
Bersendirian dan terasing
Berbekalkan doa dan syukur
Sebenarnya Adam bukan menerima kutukan
Namun sebuah anugerah keajaiban
Yang tak perlu kita tanya!
MUZIK
SELINGAN/LAGU: HAJI~RAMLI SARIP
JH
Antara Qabil dan Habil:
Bungkusan cinta sang Hawa bekalkan
Bukan lagi menjadi sarapan
Cangkir kasih Sang Adam gantungkan
Tidak lagi penghilang dahaga
Kerana haloba dan iri
Kerana dendam dan amarah
Bungkusan dan cangkir terhempas
Berderai pecah lewat senja yang rapuh
Tercatatlah: Korban Pertama di Alam Maya
Dalam selembar sejarah luka.
Sampai kinipun:
Hanyir darah meresap ruap di Bumi Palastin
Menyiram seluruh perbukitan Afghanistan
Mengalir deras di arus Tigris
Berombak dan membadai
Suara tangis mengatasi azan dan zikir.
MUZIK
SELINGAN/LAGU: DI ALUNAN RINDU~AXTHARA
JH
Ya Siin:
Benarkah engkau mengukir cinta dalam mabuk laku.
Apakah Kau seperti Musa di Lembah Thuwa'?
Tertiarap Rindu. Berdegup kalbu.
Apakah Kau bagai Ibrahim, yakin api itu dingin?
Dan Kebesaran Cinta meminta korban leher Ismail.
Benarkah Cinta yang terukir cantik di kilauan kata lahir
mengalir di angin mendesir, Mabuk di dalam zikir.
Ya Sin:
Jika cinta yang tak mengenal musim.
Tafsirkan cumbu-Mu dalam peluk tahajud
Kau renangi Laut Malam dalam asyik.
Dan biarkan bibirmu bergetar mengunyah tahmid
Dalam doa dan syukur
MUZIK
SELINGAN/LAGU:DOA~ZUBIR ALI [HARMONI]
JH
Waraskah Hajar?
Merangkak dan berlari mencari air
Menepuk bumi di Tanah tandus
Melakar alur di bumi gersang
Membina batas di padang kering
Antara Saffa dan Marwah
Terentang nikmat terdinding dari matalahir
Ibrahim di suluh cahaya Kerahmatan
Ismail menerima anugerah Keabadian
Hajar di Mahkotakan piala agung sang ratu dunia
Sesungguhnya:
Zamzam yang manis bukti percintaan dan Rindu
Petanda awal Nur Muhammad
MUZIK
SELINGAN/LAGU: MIMPI DILAMAN MENTARI~SHINE
JH
Muhammad:
Kesenyapanmu berjalan dalam kelam
Menangkap mengikat segala hati
Keras beku jadi cair.
Dalam panas mengganggang
Menghisap segala jadi kering,
Engkaulah air basah
Menyejuk kalbu yang runsing.
Kerana dari mula: Engkau jadi ubat dan penawar.
Sampai di mana kesulitan: Engkaulah perawat.
Bumi jiwa yang tandus: Kau siramkan dengan iman
Tasik hati yang gersang: Kau alirinya dengan takwa
Lubuk kalbu yang kerontang: Kau sapukan dengan Ehsan
Dosa dan noda bertimbun: Telah kau janjikan dengan sufaat
Itulah pengorbanan Agung dari mu Muhammad
MUZIK
PENUTUP RANCANGAN
JH
Cuma setakat ini Puisi Khas Aidil Adha kali ini. Selamat menyambut Hari Raya Korban dari kami warga kerja Radio Malaysia Kelantan fm.
MUZIK
PENUTUP RANCANGAN DILANJUTKAN
Sabtu, 24 Oktober 2009
Selamat Menyambut Hari Jadi
Selasa, 29 September 2009
Munsyi Kayanya Bahasa Kita


Isnin, 28 September 2009
Kenangan Lalu Kuala Lumpur

Jumaat, 18 September 2009
Selamat Hari Raya

Ahad, 13 September 2009
kenangan mengusik jiwa


Penyampai berita pagi itu adalah aku sendiri
Rabu, 9 September 2009
Telah Sepuluh Tahun Berlalu
Selasa, 1 September 2009
sekrip konti 2 januari 2008
SEGMEN: SELEKTA KELANTAN fm
MASA: 7.45 MALAM ~ 9.00 MALAM
JH: SHEK @ TASIKAN YUSOFF
Tema: Tajuk Lagu Yang Panjang
LAGU
SENJA MENGHILANG RISAU MENDATANG~ROSE ISKANDAR
JH
Sekali lagi bersama Shek dalam rentak retro di Kelantan fm. Kali ini dengan sajian lagu~lagu yang mempunyai tajuk yang panjang.
LAGU
JIKA SAYANG KATA SAYANG~SUHAILY SHAMSUDDIN
SEMAKIN HARI SEMAKIN SAYANG~UJI RASHID
JH
Sudah dua hari kita membuka diari baru. Biasanya di bulan pertama setiap tahun, diari kita penuh dengan catatan. Episod demi episod dan epilog demi epilog.
LAGU
EPILOG CINTA DARI BROMLEY~SUHAIMI MEOR HASSAN
KEMANA KUBAWA HATI YANG RINDU~JAMAL ABDILLAH
JH
Begitulah rutin kita seharian, menulis dan mencatat diari tanpa jemu. Tapi biasanya di akhir bulan ketiga atau bulan ke empat, telah banyak helaian hari yang tertinggal kosong, apakah itu petanda kita smakin kehilangan idea atau semakin bosan. Cuma yang jelas: di saat itu kita dilanda stanza sepi sekeping hati.
LAGU
STANZA SEPI SEKEPING HATI~BEN NATHAN
KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU~RAMLAH RAM
JH
Begitu jugakah dengan azam kita, setiap awal tahun dengan semangat berkobar menanam azam. Apakah kita berusaha capaikan azam kita, jika benar itu petanda anda seorang yang waras.
LAGU
SEKIAN LAMA AKU MENCINTAIMU~THE STEP
SEMOGA CINTA KITA BAHAGIA~SPRING
JH
Salah satu halangan besar untuk mencapai bahagia, apabila kita mengharapkan kebahagiaan yang terlalu besar.
LAGU
HIRISAN PERTAMA TERPAHAT SELAMANYA~FINALIST
DALAM GERMIMIS HATI MENANGIS~SITI NORDIANA
JH
Kita sentiasa dibuka ruang untuk mencari peluang, dan peluang juga akan muncul pada setiap masalah yang timbul.
LAGU
KERANA PEPATAH LUKA BERDARAH~UKS
SEMANIS MADU SEPAHIT HEMPEDU~SALEENA
JH
Hidup bukanlah sepahit yang disangka: seandainya kita sentiasa menutup ruang masalah. Dan masalah tak akan hadir kalau kita mencarinya.
LAGU
KAU DIPAKSA AKU TERPAKSA~SCAN
TINGGALLAH SAYANG TINGGALAH PUJAAN~SWEETCHILD
JH
Jadikan azam tahun baru 2008 ini sebagai satu tahun yang paling membahagiakan hidup kita, bak kata pujangga: Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam.
LAGU
BIAR PEDIH HATI TERHIRIS~LESTARI
JH
Akhir kata penyudah bicara: Dengan penuh sedar: Hari semalam telah kita tinggalkan dengan rela. Biarkanlah daun musim kelmarin yang gugur berselerak sekadar menghiasi taman memori, usah kita kutipnya kembali. Kita jadikannya sebagai sempadan dan tauladan untuk kita terus melangkah menyusuri hari baru yang bakal hadir.
LAGU
RATU HIDUPKU~FLYBAITS
Selasa, 26 Mei 2009
Sekrip Konti 23 Disember 2007
Penyampai: Shek @ Tasikan Yusoff
Rancangan: Retro
LAGU
CINTA BANDAR TASIK SELATAN~OLAN
JH
Kenangan: kadangkala teramat pahit untuk diredah, tapi terlalu manis pula kalau dikenang.
LAGU
SALAM UNTUK KEKASIH~NADIA
BAGAI MIMPI DI SIANG HARI~NOVA
JH
Persahabatan antara lelaki dan wanita: Bermula dengan secebis senyuman, Berputik dengan sebuah kemesraan, Disulami dengan pergaduhan dan adakalanya berakhir dengan sekelumit cinta.
LAGU
CINTA UNTUK NABILA~MELISSA
MADAH BERHELAH~ZIANA ZAIN
JH
Bukannya senang nak cari kawan yang baik. Dan bukan senangjuga nak jadi kawan yang baik.
LAGU
SETIAMU GUGUR DIMATA~EYE
KAU RUNTUHKAN CINTAKU~ZAIRANI
JH
Bukan semua yang kita sangka bahagia itu benar~benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
LAGU
LAYU DI HUJUNG MEKAR~RIO
KEIKHLASANKU~MIMI ASMIDAR
JH
Keikhlasan merupakan istilah yang kata dasarnya diambil daripada perkataan ikhlas. Ikhlas lahirnya daripada hati bukannya emosi.
LAGU
PERJALANAN DUKA~MIN MALIK
KAIN CINTA PUTIH~PUTERA
JH
Salah satu soalan popular dalam seharian kita adalah perkataan kenapa: kenapa itu, kenapa ini, kenapa.. kenapa.. kenapa.. dan akhir sekali: kenapa harus ada kesedihan dlm kisah percintaan?
LAGU
LUKA LAMA TERGURIS KEMBALI~ALLEYCATS
SUDAH TIADA TUNASNYA~UKS
JH
Akhir kata penyudah bicara: Bahagian tubuh yang paling penting adalah bahu. Sama~samalah kita menjadi bahu. Kerana, bahu dapat menahan kepala seorang teman yang kita sayangi ketika mereka menangis.
LAGU
RATU HIDUPKU~FLYBAITS
Tempat Jatuh Lagi Di Kenang

Setiap kali Shek melintasi papan tanda ini, Shek terus memberhentikan kereta. Shek memerhatikan papan tanda ini dalam~dalam. Effa, Annik dan Amirul selalu bertanya: Kenapa abah selalu berhenti di sini. Shek hanya tersenyum, sambil memutar kembali memori silam yang pernah tercatat di sini. Disebelah kanan papan tanda inilah Shek dan rakan~rakan bermain bola, main perang~perang senapang. Manakala sebelah kiri papan tanda ini, dulunya ada pohon kemunting, sebelah pohon kemunting ada baruh, selepas baruh banyak pokok getah. Disinilah tempat Shek bermain~main sewaktu kecil. Hal ini memang Shek tak pernah beritahu anak~anak. Biarlah mereka tahu sendiri disatu waktu nanti.
Isnin, 4 Mei 2009
Khamis, 30 April 2009
Kronologi Pemastautinan
Tempat Tinggal Pertama:

Shek dilahirkan di sebuah Kampong, Pangkal Chuit namanya. Ianya terletak dalam Mukim Panyit, Daerah Temangan, Jajahan Machang. Sejak lahir sampailah usia 17 tahun Shek tinggal di kampong ini. Setahu Shek, ayah dan ibu Shek bukanlah anak jati kampong Pangkal Chuit. Mereka suami isteri hanyalah pendatang.
**Mengikut lisan Al~Marhum ayah Shek: Ayahandanya Syed Itam atau gelaran Che Tuan berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, manakala bondanya memang anak jati Kelantan, berasal dari Kampong Sireh, Kota Bharu. Manakala sebelah ibu Shek pula berasal dari Salor. Tapi warisnya ramai menetap di Bukit Tiu, Machang.**
Walaupun telah lama Shek tinggalkan kampong kelahiran tapi ianya tetap segar dalam lipatan kenangan. Kawan sepermainan:
Ismail Mohamad [Bernama TV] http://wenpakacuet.blogspot.com/
Basir Mohamad [Pengarah Jabatan Penjara Pulau Pinang]
Mohd Rawi Jusoh @ M Rawi Ali [Pejabat FAMA Daerah Grik, Perak]
masih tetap berhubung, samada melalui email mahupun telefon.
Begitu juga bila Shek melintasi Kg Pangkal Chuit sekali sekala untuk pulang ke rumah mentua di Kg Baru Bukit Besi, Temangan. Sesekali tersempak juga dengan Cik Gu W Mohd Adnan W Aziz [Kini menyandang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Machang].
Cuma rakan sepermainan yang Shek tak tahu perkembangan mereka adalah:
Nik Rahimi Nik Yusoff [Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu]
Rosli Seman [Jabatan Perhutanan]
Ibrahim Azmi Mat Hassan [Jabatan Perhutanan]
Cik Gu Ahmad Mahmood [Entah mengajar dimana]
Cik Gu Manaf Yaakub [Pengetua Sekolah di Daerah Tanah Merah]
Ab Halim Jusoh [MARDI]
Ahmad Ismail @ Ahmad Tok Chek [KTMB]
Mohamad Ismail @ Mat Pak Tua Well [KTMB]
Ab Wahab Ahmad @ Wahab Chu [Staff Sekolah]
Mohd Zaki Hussein [Polis]
Ghani Omar [Polis]
Mereka inilah teman sepermainan Shek: sama~sama main bola, main senapang dan bedil buluh peleting di dalam semak bersama, sama~sama mencari buah kemunting, panjat pokok jambu tok penghulu Ghani bersama. Terawih di Balaisah Pak Chu Mamat bersama. Mentelaah pelajaran di rumah Basir bersama: Memang kami tak pernah berpecah, bergaduh jauh sekali.
Alangkah indah dan manisnya nostalgia musim kanak~kanak dan remaja, Tapi yang paling tak lupa adalah pusara Ayahanda di Tanah Perkuburan Islam (UJIB) Pangkal Chuit.

**Lokasi Desa Rebana**
Sebelum mendapat keputusan SPM, Emak mengambil keputusan berpindah ke Desa Rebana atau masih dikenali sebagai Hutan Rebana, penduduk di sini menyebutnya Utebbana. Desa ini terletak berhampiran bandar Machang, Jalan masuk utama ke kampong ini berhadapan dengan Litar Memandu Machang. Shek remaja dan dewasa di Utebbana. Bertitik tolak dari situlah wujudnya Shek Tasikan Yusoff Al~Utebbana.
Selepas SPM diumumkan, Shek memohon memasuki Universiti Pertanian Malaysia [UPM] dan Institut Pertanian Malaysia [IPM], Shek memohon dalam bidang pertanian kerana Shek anak tani. Shek gagal ke UPM, tapi syukurlah Shek berjaya ke IPM Besut.
Shek kahwin agak lewat, kerana Shek lebih tumpukan perhatian kepada emak yang sentiasa uzur dan kepada dua orang anak angkat. Siti Aisyah dan Rose Yatimah:
**Wajah Kesayangan Shek: Ain sedang mendukung Tie**
Arwah emak meninggal dunia di Desa Rebana dan disemadikan di Tanah Perkuburan Lepan Rambutan. Selepas emak meninggal barulah Shek kahwin. Segala urusan peminangan dan perkahwinan Shek dengan Robiah bte Isa disempurnakan oleh mantan YB Dato Ismail Mamat dan Datin Rahimah Mohamad. Kerana waktu itu Shek bertugas di Angkasapuri Kuala Lumpur. Terima kasih Dato dan Datin, Jasa Dato dan Datin tak pernah Shek lupa.

**Pelan Lokasi Kg Baru Bukit Besi**

Disinilah bakal berdirinya gubuk yang bakal di diami oleh Shek sekeluarga. Sementara menghabiskan usia yang masih bersisa.
Rabu, 29 April 2009
Khamis, 9 April 2009
puteri2ku
Isnin, 6 April 2009
muara diri

yang mengalir dalam diri, aliran sejuk dari puncak gunung
sendu, tiba-tiba hangat dengan bara rindu.
Ayah: Telah ku laung namamu di pusar angin; Yang datang
padaku cuma gema. Gema suaraku mendesah menguncur
ke langit ke tujuh, memecah cakrawala sepi.
Emak: Telah ku panggil nama mu di tujuh lautan. Yang hadir
Emak: dimana kau harus ku cari?
Ayah dan Emak: Kini aku kembali ke dalam tubuh,
Dan akupun lemas dalam dunia keterasingan
Muara diri semakin sepi dan kerontang.
aksara sebuah nama

Tertulis kukuh di sudut hati
Tak akan kehilangan makna
Saat membaca risalah mu
Tiga dekad lampau:
Lalu ku angkat namamu
Sebagai Adik paling kusayangi
Tapi sayangnya: Kita tak pernah bersua
Khamis, 2 April 2009
Khamis, 26 Mac 2009
Khamis, 19 Mac 2009
Petikan Dari Blog Lain
petikan daripada: http://abrashid.blogspot.com/2008/08/on-air.html
Selasa, 17 Mac 2009
Kayanya Dialek Kelantan

DIALEK Kelantan merupakan salah satu daripada variasi bahasa yang unik dan kaya terutamanya dari segi sebutan, kosa kata, dan makna. Bagi terus memelihara khazanah bahasa yang cukup berharga ini, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur (DBPWT) mengadakan rancangan Rampai Budaya : Kayanya Bahasa Kita yang disiarkan secara langsung melalui siaran Kelantan FM pada setiap hari Khamis, jam 5.15 petang hingga 6.00 petang.
Sejak tahun 2006 rancangan ini diadakan bertujuan untuk mencari gali khazanah kekayaan dialek Kelantan agar tidak luput ditelan zaman. Di samping berupaya meningkatkan kefahaman generasi muda tentang penggunaan bahasa lama yang jarang digunakan dan tidak sebati dalam kehidupan mereka. Dua orang Munsyi Dewan, Tuan Haji Mohamad Haron dan Encik Abdullah Yassin sebagai pengkaji dan pemudah cara yang bersama-sama dengan pendengar dari seluruh negeri Kelantan untuk berkongsi maklumat tentang penggunaan dialek Kelantan yang dituturkan oleh masyarakat di sini.
Bagi menambahkan keberkesanan rancangan ini, DBPWT mengambil pendekatan memperkenalkan satu perkataan pada setiap rancangan, manakala pendengar yang menelefon akan memberi maklum balas dari segi maksud dan perkataan lain yang digunakan di tempat mereka. Hasil daripada rancangan ini, DBPWT berjaya mengumpul sejumlah kosa kata dan istilah dalam dialek Kelantan yang pastinya akan menjadi dokumentasi yang berguna kepada masyarakat dan pengkaji pada masa ini dan pada masa yang akan datang.
Antaranya ialah bojeng yang membawa makna gaya rambut, kuis (gerakkan benda dengan kaki), selak (pengsan) papah (guntingan pendek rambut), jirek (pijak), kuca bara (suasana yang bersepah), gelap gelemak (hitam yang amat sangat) dan banyak lagi. Untuk mengetahui perkataan-perkataan lain, pembaca boleh mendengar rancangan menerusi saluran Kelantan FM.
(Sumber : Berita Harian (20/08/2008)
Pangkal Chuit Bahagian Dua

Desa kerdil yang lengang: di sinilah ku pijak basah tanah,
kering embun di rerumput, celahan pepohon getah,
menyusur bendang, sambil merendam jiwa di riak air yang risau, menyimpulkan masa kanak-kanak tak lebih dari selarik sajak tentang setumpuk kenangan tiga dekad silam.
Pangkal Chuit yang rangup dalam ingatan; Cuacanya lebih bersinar dari mata si dara sunti, tetap menjadi bayangan indah di air keruh. Di sinilah aku mendendangkan lagu-lagu Qasidah kehidupan, menyalami hutan kecil sambil mengirim ledakan peluru biji senduduk dan buah cenerai. Dan aku tumbuh lebih subur di batas ubi kayu, dengan kegelisahan yang dihanyutkan hujan ke bibir baruh.
Pangkal Chuit: Dusun indah itu kini menghantui urat dan nadi, bagai musim kemarau menghampar keresahan. Segalanya telah terasing dengan penuh keterasingan: akulah warga asal yang terasing di bumi sendiri. Yang tinggal cumalah pusara sepi arwah ayah,Bersemadi lestari di kubur ujib dalam diam memanjang, Hinggakan aku terlupa mencari jejak nisannya
Yang ku jumpa cumalah wajah~wajah asing mengerling sinis
Pangkal Chuit, dusun riuh yang bisu dalam jiwaku, tetap saja sebuah kenangan. Aku hanya mengira masa kecil lebih indah dari puisi. Rahasia buah makna, ternyata lebih bermakna dari sunyi. Dan aku hanya ingin terus mengenang. Karena sesuatu yang pasti ternyata: tak mampu aku cari dan tak mungkin dapat aku temui.
Shek Tasikan Yusoff
18 Oktober, '99
Radio Satu,
Bukit Angkasa, Kuala Lumpur
Pangkal Chuit Bahagian Satu

Pangkal Chuit, Empat dekad silam, tanganku serasa masih meraba di bendang gelisah. Perjalanan kuanggap suci, seperti mata kanak-kanak yang memercikkan keriangan. Kucium harum Bechah Pulau Kampong Tengah dengan kerinduan membusakan mimpi-mimpi. Kugandeng tangan ayah sambil meniru belaian deru angin musim padi menguning. Tiba-tiba kudengar doa ibuku berbisik perlahan. Seperti segenggam cinta yang rebah dalam cuaca yang meradang.
Di Pangkal Chuit, Empat dekad silam, hatiku semestinya diisi puisi yang bersinar keemasan. Airmata mengalir, menyuburkan daun-daun jiwa. Kukenang: ibu mengupas helai demi helai selaput ubi kayu untuk dijadikan tapai. Esoknya akan menjunjung lekar sekeliling kampong, aku membesar dan remaja dicelahan pepohon ubi, batang kelapa, rimbunan semak samun dan kebun getah, di sinilah: kudengar gelak hilai kawan sepermainan melenyapkan kesunyian, yang kini menjadi sesuatu paling ungu dan mengharukan.
Di Pangkal Chuit, Empat dekad silam, aku merenung kolam mata ibu yang tak pernah kering dari keperitan hidup, mengalir sederas peluh. Aku turut menangis dalam diam paling sunyi. Di lipatan hati seringkali tumbuh lingkaran pertanyaan yang sesak. Sampai bilakah hidup kami dilambung gelombang hidup, paling sempit dan menyepitkan.
Di Pangkal Chuit, aku harus membangun piramida dari seribu harapan yang menggunung di pundak, seperti terbang melintasi masa kanak-kanak yang lebih sejuk dari air di telaga batin.
Shek Tasikan Yusoff,
11 Jun '98
Angkasapuri, Kuala Lumpur
Ahad, 15 Mac 2009
Sekrip Konti 9 September, 2007
Masa: 745 mlm ~ 9.00 mlm
Tarikh: 9 september, 2007
Penyampai: Shek @ Tasikan Yusoff
LAGU
INTRO~SUATU MASA~M NASIR
JH
Salam mesra, salam sayang daripada Shek, teman siaran anda, malam ini kita bersama lagi dalam Melodi Nostalgia di Kelantan fm.
LAGU
MAHLIGAI RINDU~MASLEENA
JH
Apa khabar anda, harapan shek agar anda bahagia dan bersedia bersama Shek. Insyak Allah mulai saat ini sampai jam 9 malam nanti, kita bermadah cinta. menerusi Melodi Nostalgia di Kelantan fm.
LAGU
KENANGAN LALU~FLYBAITS**
JH
Sekadar mengutip kenangan lalu. Madah cinta dimulakan dengan kata~kata daripada Muttanabi, katanya: Cinta sebenarnya lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta, cuba kita renung~renungkan.
LAGU
RENUNGKANLAH~J MIZAN
JH
Kata Mahatma Ghandi pula: Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, Di mana ada cinta di situ ada kehidupan.
LAGU
SERULING KASIH~DAVE
JH
Cinta yang paling agung bagi manusia ialah cintakan Tuhan Maha Pencipta semesta alam. Manakala cinta paling mulia atas diri seseorang muslim ialah cintakan ilmu.
LAGU
SAAT YANG TERINDAH~AHMADI HASSAN
JH
Madah cinta memetik Pepatah Belanda, bunyinya: Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk.
LAGU
SEHARI KURASA SETAHUN~ROSE ISKANDAR
JH
Pepatah Jerman pula mengatakan: Cinta itu tidak buta tetapi ia tidak melihat. Madah cinta. Melodi Nostalgia di Kelantan fm.
LAGU
RASA HATI~EFFA RIZAN**
JH
Semalam saya banyak terima SMS daripada pengirim, ada yang meminta lagu kegemarannya, itu tak salah, malah di alu~alukan. Saya tidak membacanya semalam kerana tidak mencukup syarat Evergreen di Kelantan fm. Anda boleh meminta lagu, cuma apa yang perlu, catatkan kenapa anda meminati lagu tersebut, apa kenangan anda berkaitan lagu pilihan anda.
LAGU
MISTERI CINTA~SUHAIMI MEOR HASSAN
JH
Apa kata Pepatah Greek, katanya: Keburukan kekasih dapat disembunyikan apabila timbulnya rasa cinta.
LAGU
CINTA ABADI~UJI & AHMAD NAWAB
JH
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga – petikan Pepatah Inggeris
LAGU
CINTA DIPANDANGAN MATAKU~SYARIFAH AINI
JH
Pujangga Melayu, Prof Dr. Hamka mengatakan: Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya
LAGU
MENGAPA HARUS JUMPA~D’LLOYDS
JH
Manusia yang dibakar api cinta dapat melihat di dalam gelap - Peribahasa Mexico
LAGU
SUDAH TAKDIRNYA BEGITU~SAMUDERA
JH
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
LAGU
CINTA PALSU~RITA
JH
Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya.~ Elizabeth Stoddard
LAGU
RINDU BAYANGAN~CAREFREE
JH
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang
LAGU
SABDA CINTA~DHALAN ZAINUDDIN
JH
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.
LAGU
KUINGIN BAHAGIA~RINA RAHMAN
JH
Tiada kesah yang lebih manis daripada kesah cinta. Tiada kesah yang lebih ngeri dari putus cinta
LAGU
UTUSKAN RINDU DIDOAMU~LESTARI
JH
Andainya kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak perlu hadir.
LAGU
CINTA TAK SEINDAH YANG DIUCAP~AMAN SYAH
JH
Hidup kalau tak diwarnai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari –Aswir
LAGU
KERAPUHAN HATIMU~RAFEAH BUANG
JH
Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
LAGU
KU JGN DITINGGAL~TINGGALKAN~SANISAH HURI**
JH
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di pandangan, derita di perasaan
LAGU
TERPISAH AKHIRNYA~A RAMLIE
JH
Cinta bukan paksaan. Ia lahir dari dua perasaan. Kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan
LAGU
KURELAKAN DIKAU PERGI~NIMA SAUFI
JH
Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan, tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan
LAGU
BIARLAH KUSENDIRI~NOOR KUMALASARI
JH
Madah~madah cinta terhenti dipersimpangan ini, untuk malam ini. Hormat selalu, senyum selalu dan sayang selalu, daripada Shek teman siaran anda, Melodi Nostalgia di Kelantan fm
LAGU
LASTLY~RATU HIDUPKU~FLYBAITS
Kronologi Kerjaya
Selepas Mendapat Sijil:
Setelah memiliki Sijil Institut Pertanian Semenanjung Malaysia. Shek berkhidmat di:


www.rtm.gov.my/ sampailah saat ini, sebelum menutup mata.
Kerjaya di RTM:
Bayangkan, seorang anak tani yang bergelumang selut dan lumpur tiba~tiba dipanggil bermastautin di KOTA BESAR KUALA LUMPUR. Bayangkan.
Sekrip Konti Segmen Rentak Global
Masa: 9.15 mlm ~ 12.00 tgm
Tarikh: 08 Mac 2007
Penyampai: Shek @ Tasikan Yusoff
Siaran: Kelantan fm
LAGU INTRO TY/SUATU MASA~M NASIR
JH
Assalamu alaikum WBT dan salam muhibbah. Dengan izin Allah SWT kita teman berteman lagi malam ini dalam segmen Rentak Global, malam ini anda bertemankan saya, Sheq di siaran Kelantan fm.
LAGU
CHHOTI CHHOTI RATIEN
JH
Bagi mencari sebuah kehidupan bahagia, perasaan atau emosi perlu digaul sebati. perlu dalam suasana diliputi kasih-sayang, saling memahami dan saling bekerjasama. Itulah dinamakan keharmonian, sama~sama kita mencari bahagia.
LAGU
MENCARI BAHAGIA~A RAMLIE
JH
Kejernihan hubungan tidak harus dirosakkan dan dicemari dengan sesuatu unsur apa pun, malahan perlu dijalin seutuhnya agar tiada perkara yang bolrh menimbulkan kegelisahan mana-mana pihak.
LAGU
STILL LOVING YOU~SCORPIONS
JH
Kasih sayang bukanlah kata-kata manis diucapkan oleh lidah yang hanya sedap didengar, tetapi biarlah mempunyai makna luhur tertanam di lubuk hati.
LAGU
HUMKO HAMISE~LATA & UDIT
JH
Sifat saling menyayangi adalah suatu unsur yang suci dalam apapun jenis pergaulan di dalam meniti perjalanan hidup.
LAGU
MENITI PERJALANAN~HATTAN
JH
Sikap saling memahami, dapat mengelak rasa curiga dan prasangka yang puncanya selalu tidak jelas.
LAGU
YOU WERE MEANT FOR ME~BELLEFIRE
JH
INFO ARTIS:
Muhaini Suratman Berasal: Dari Kuang, Selangor Lahir: 1958 Berketurunan Jawa, Mamtan Naib Juara Bintang Rtm 1978 Antara Album Pernah Dirakamkan: Rindu Selalu (Bersama Alice Sound) (1980), Kehidupanku (1981), Sebuah Cinta (1986), Kemelut Rindu (1989) Dan Jangan Jadi Ular (Bersama Hang Mokhtar) (1998) Kini Muhaini Bertugas Sebagai Pembantu Tadbir Di Universiti Malaya
LAGU
RINDU SELALU~MUHAINI SURATMAN & ALICE SOUND
JH
Rindu berpunca dari perasaan hati. Kata orang tua~tua: Hati adalah pengendali. Jika ia baik, baik pula perbuatannya. Jika ia rusak, rusaklah semuanya dan segalanya. Maka menjaga hati dari kesrosakan adalah wajib.
LAGU
SUNO SUNO KAHOKAHO~ANU MALIK
JH
Tentang perusak hati, Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara yang merosakan hati, 'bergaul dengan ramai kawan (tak kira yang baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur.'
LAGU
BOULEVARD OF BROKEN DREAMS~GREEN DAY
JH
Pergaulan adalah perlu, tapi tersilap pilih kawan akan menimbulkan masalah. Teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan jiwa dan membawa berbagai keinginan yang negatif.
LAGU
DISEBALIK TERALI BESI~DEDDY DORES
JH
Kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia.
LAGU
DEEWANO KO PATA HAI~UDIT & SADHANA SARGAM
JH
INFO SEJARAH ASIA:
Hari ini 8 Mac 1968, Kumpulan Pembebasan Moro memulai perjuangan melawan Marcos yang berkuasa di Philipina saat itu. Bangsa muslim Moro hidup di pulau Mindanao. Mereka telah berjuang mempertahankan Islam. Setelah Marcos terguling, pemerintahan baru Philipina mengadakan perundingan dengan bangsa Moro dan akhirnya, mereka diberi kekuasaan otonomi.
LAGU
ANAK~FREDDIE EGUILLER
JH
Lagu Freddie menceritakan tentang anak, ini pula tentang JENIS WANITA MALANG. Kata imam Ghazali: Jangan engkau kahwini wanita yang punyai enam sifat, Sifat Ananah, yang Mananah, yang Hananah dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah. Insyak Allah saya akan ceritakan satu persatu selepas lagu ini.
LAGU
MENGAPA SUKAR UNTUK SETIA~HAZELIN HELMI
JH
Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dengan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit. Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya hasil dari suami yang lain.
LAGU
KYAA DIL NE KAHAA~UDIT & ALKA
JH
Manakala Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita Baraqah: ada 2 makna pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya yang kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya. Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
LAGU
I LAY MY LOVE ON YOU~WESTLIFE
JH
INFO SENI WARISAN;
Tarian Mak Yong; Mak Yong merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal dan instrumental, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja. Drama-tari ini dipertontonkan terutamanya di Kelantan, Patani, Terengganu, Kedah, serta Kepulauan Riau di Indonesia.
LAGU
RINDIANI~SLAM
JH
Sekali lagi Ibnu Qayyim mengatakan ada 9 pembaziran yang sering dilakukan manusia: Kalau nak tahu sila tunggu rentak global bersama Sheq disiaran Kelantan fm.
LAGU
BANGALA GAADI
JH
Yang membazir kata Ibnu Qayyim:
Ilmu pengetahuan: Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.Amalan: Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.Kekayaan: Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Selanjutnya selepas lagu ini.
LAGU
NEED TO BE NEXT TO YOU~LEIGH NASH
JH
Yang membazir kata Ibnu Qayyim seterusnya:
Hati: Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.Tubuh badan: Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.Cinta: Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau cinta lepada kekasih melebihi cinta kepada Allah.
LAGU
MENGAPA~VAGRANT
JH
seterusnya kata Ibnu Qayyim:
Masa: Membazir jika tidak diurus sebaiknya.Akal: Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.Zikir: Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
LAGU
KITNI BECHA HOKE
JH
INFO ORGANISASI:
Pada 1 Mac 1933, seramai 25 oarang pemuda Melayu dari seluruh negara mencatatkan rekod apabila terpilih menyertai latihan sebagai pasukan Askar Melayu pertama di Port Dickson. Pada 1 Januari 1935 pasukan percubaan ini dengan rasminya menjadi Askar Melayu.
Sewaktu Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Askar Melayu sudah mempunyai 7 batalion. D.Y.M. Seri Paduka Baginda Yg. di Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman telah menganugerahkan gelaran Diraja kepada pasukan ini. Dengan anugerah itu wujudlah gelaran Askar Melayu Di Raja
LAGU
ITS YOU LOVE~GIL
JH
Hidup insan di atas dunia ibarat subjek matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
MAKNANYA: amalan yang baik hendaklah ditambahkan, segala perbuatan yang buruk hendaklah ditolak, pahala amalan hendaklah digandakan dan masa yang ada hendaklah dibahagikan dengan sempurna agar kita tidak tergolong dalam golongan insan yang rugi
LAGU
BERIKANLAH KU SETIA~POPPY MERCURY
JH
Kadangkala kita merasakan amat memerlukan seseorang dalam hidup kita, yang boleh berkongsi semua rasa. Tetapi disuatu saat yang lain, kita lupa. Tak semua orang boleh berkongsi semua yang kita rasa biarpun orang itu adalah orang yang kita cintai.
LAGU
TERE EAGEY PEECHAY~KUMAR SANU & ALKA
JH
Terkadang nasib manusia sama seperti daun tua, tidak pernah dihargai walaupun sudah gugur ke bumi.
LAGU
LONGER~AIR SUPPLY
JH
Kalau benda pecah masih dapat di cantum, Kalau fikiran pecah dapat diatur dengan ilmu pengetahuan, Tetapi kalau hati yang pecah, amat susah untuk dipersatukannya.
Apalagi kalau sekelip mata kau berubah.
LAGU
SEKELIP MATA KAU BERUBAH~LESTARI
JH
Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan
LAGU
YAH KHUSHI KI MEHFIL~KUMAR & ALKA
JH
Siapakah kita, kita adalah diri kita yg sebenarnya, kita tidak perlu berpura~pura menjadi org lain. biarlah kita dgn diri sendiri, dgn kehidupan sendiri, dgn memori sendiri yg penuh dgn suka dan duka kehidupan.
LAGU
SHOW ME THE MEANING OF BEING LONELY~BLACK BOYZ
JH
Biarlah pengalaman semalam mengajar kita menjadi lebih dewasa. menjadi lebih matang dalam berfikir.
LAGU
MUTIARA KACA~SAMUDERA
JH
Jika pernah terluka, disakiti atau dikhianati anggaplah semua itu ujian utk mengetahui sejauh mana kekuatan diri..
LAGU
CHURALO DIL~ANU MALIK & SHRADHA PANDIT
JH
Hakikatnya; hidup hanyalah sebuah persinggahan; Yang datang pasti pergi dan Di setiap pertemuan tentunya akan diakhiri dengan perpisahan, Meskipun tanpa kerelaan.
LAGU
LAST SHEQ
Kronologi Persekolahan
Sekolah Pertama:

Sekolah Kedua:

Sekolah Ke Tiga:

Kalau di kira dari segi fizikal, Shek tak ramai adik beradik tapi di SMKM Shek mendapat biasiswa Persekutuan {Terima kasih Kerajaan Malaysia], mungkin pihak pengurusan sekolah memandang Shek dari segi lain kot. Kemajuan dalam pelajaran misalnya. Tapi Shek bukanlah pandai sangat, lukis kartun dan lukis komek tu bolehlah. Shek menamatkan persekolahan menengah dengan SPM.
Sekolah Ke Empat:

Catatan:
Manusia memang tidak tahu pekerjaan Tuhan. Dapat Sijil Pertanian sepatutnya berkhidmat dengan para petani [Shek sendiri anak tani] samada di Jabatan Pertanian, LPP, KADA, RISDA, FELCRA ataupun FELDA. Tapi Shek tersasar jauh. Berkhidmat sebagai Penerbit Rancangan dan Penyampai Radio di RTM. Terima kasih Tuhan, Subhanallah Wal Hamdulillah. Tuhan Maha Tahu apa impian hambanya.
Khamis, 12 Mac 2009
Tentang Diri Shek
Rancangan ini diterbitkan oleh kelantan fm


Isnin, 9 Mac 2009
SEKRIP INSPIRASI 27 OKTOBER 2007
TARIKH: SABTU, 27 OKTOBER 2007
MASA: 12.00 TGM ~ 3.00 PG
DJ: SHEK@TASIKAN YUSOFF
LAGU TERIMA KASEH~LOVINGBORN
JH Terima kasih kerana masih bertemankan Kelantan fm sebagai saluran inforia pilihan utama anda. Menerusi Inspirasi pagi ini anda bertemankan Shek.
LAGU MENGINTAI DARI TIRAI KAMAR~EXISTS
JH Biarlah orang lain saja mengintai dari tirai kamar, asalkan jangan diri kita. Lebih baik kita intai diri kita, dimana kelebihan dan dimana kekurangan.
LAGU SELAMAT TINGGAL CINTA~ARENA
AKU KETINGGALAN~ROZITA IZLYN
JH Kita seringkali memilih orang yang benar-benar 'ideal' untuk dijadikan pasangan hidup. Sedangkan, tidak ada orang yang 100% ideal seperti yang kita impikan. Dan kita juga sekali-kali tidak pernah mampu untuk menjadi 100%, sesuai dengan keinginan orang lain.
LAGU PATAHNYA SAYAP MALAM~MASA
MENGALAH DENGAN CINTA~NIA MUYANTI
JH Dalam memilh calon pasangan, Tidak salah kenakan 'syarat' untuk 'calon', tapi tidak ada salahnya juga memberi kesempatan kepada yang ada di depan kita untuk dijadikan calon.
LAGU DIBADAI ASMARA~SERA
KEKASIH CINTA KU RINDU~TROPIKA
JH APAKAH yang membuat kita berlainan daripada orang lain? Banyak faktor, Salah satu daripadanya ialah pengalaman kita. Pengalaman seseorang tidak akan dapat dibeli oleh orang lain.
LAGU ASMARA DUA BENUA~SENSASI
MEI HWA~EVOLUSI
JH Adakalanya pengalaman yang sama membentuk keperibadian yang berbeza.
LAGU SALAM TAJ MAHAL~UMI AIDA
CINTA UNTUK NABILA~MELLISA
JH Fikiran bawah sedar tidak boleh membezakan apakah pengalaman tersebut nyata atau tidak. Realiti atau fantasi.
LAGU REALITI DAN FANTASI~CROSSFIRE
HIKAYAT CINTA KITA~LAGENDA
JH Apapun, segala pengalaman, segala impian dan segala apa yang kita fikirkan, Semuanya akan diserap dan disimpan dalam memori, kemudian dijadikan rujukan oleh kita kalaupun tidak saat ini, mungkin untuk esok.
.
LAGU KERANAMU~JELMOL
BAIDURI CINTA~ARYAN
JH Apakah kita termasuk orang yang bajía. Sebuah pertanyaan yang layak untuk dilontarkan kepada diri kita masing-masing. Mungkin di antara kita saat ini ada yang memiliki harta melimpah-ruah, tetapi tidak berasa bahagia. Kenapa.
LAGU SECEBIS RAYUAN~BURNMARK
SEGALANYA KUTERIMA~ILLUSI
JH Kamus Umum: Kebahagiaan merupakan perasaan yang menunjukkan sikap bahagia, di dalamnya ada unsur senang, tenteram, kesejahteraan dan kenikmatan hidup.
LAGU TAMAN KENANGAN~HIDAYU
BAHANG ASMARA~GAMMA
JH Bahagia adalah kejernihan hati, kebersihan perilaku dan keelokan ruhani. Hal itu merupakan pemberian Allah SWT yang diberikan kepada siapa saja yang melakukan perbuatan terpuji.
LAGU KERANA TERLUKA~NURUL
SAYANG~MENARA
JH Bahagia juga adalah rasa redha yang mendalam dan sikap qana'ah. Ia bukan barang dagangan yang dapat dibeli di pasar oleh orang sekaya mana pun, tetapi merupakan anugerah Allah yang dikurniakan kepada jiwa-jiwa yang terpilih. Jadikanlah nurani kita sebagai jira pilihan Tuhan.
LAGU KAIN CINTA PUTIH~PUTRA
BILA BUNGA DILAMAN ORANG~SEJATI
JH Bila bunga dilaman orang bermakna sudah menjadi bunga larangan.
LAGU BUNGA LARANGAN~UG14
KETERBIASAAN ITU PAGAR BERDURI~NURUL
JH Jangan berkeluh-kesah atas segala musibah. Tiada musibah yang kekal di muka bumi. Jadilah manusia tegar dalam menghadapi tragedi. Jadilah pema'af dan selalulah menepati janji
LAGU SAAT KUTERLANTAR DERITA~SERASI
ITU SUDAH SURATAN~RASS
JH Marilah kita sama~sama mengambil hikmah dari setiap pengalaman kita. Hikmah itu selalu positif. Hikmah itu milik kita, maka ambilah di mana pun kita menemukannya. Dan diri kita sendiri adalah salah satu sumber hikmah yang banyak.
LAGU SELAMAT JALAN DUKA~INKA CHRISTIE
UTUSKANLAH RINDU DIDOAMU~LESTARI
JH Akhir sekali, marilah kita sama~masa membuang jauh segala fikiran negatif dan mengisinya dengan fikiran yang positif. Ia merupakan sebuah kekuatan yang mampu menghadapi pelbagai tekanan dan sekali gus mencari penyelesaian bukan berdasarkan emosi.
LAGU USAH BERTANYA~AXL
Pepatah Petitih
Cinta adalah sakinah. Tatkala engkau memandang wajahnya, ia memberi sakinah kepadamu.
Suami/Isteri adalah tanggungjawab. Engkau melihatnya dipenuhi dengan rasa tanggungjawab. ~Mengabaikan tanggungjawab adalah dosa. Mengalpakan sakinah bererti sengsara. ~ MHAB, mrsm.
Cinta ialah penyakit -Taufiq Al-Hakim
Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di hatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Yang termanis daripada yang manis di dunia ini ialah pujian kekasih yang terlontar daripada rasa cintanya.
Cinta lebih tua daripada alam ini kerana alam ini dijadikan Allah atas dasar cinta -Muttanabi
Cinta pandang pertama adalah cinta yang akan kekal abadi.
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Orang yang menulis surat cinta itu kurus dan orang yang membacanya gemuk -Pepatah Belanda
Hidup tanpa cinta ibarat taman tidak berbunga -Pepatah Inggeris
Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya -Hamka
Cinta tidak selalu bersama jodoh tapi jodoh selalu bersama cinta.
Cinta boleh tumbuh dalam madu dan racun
Lelaki itu prosa alam, perempuan sajaknya. Cinta itu lagu dan perkahwinan orkestranya -Pepatah Denmark
Seorang wanita akan memandang rendah terhadap lelaki yang menyatakan cinta kepadanya, terkecuali kalau memang lelaki itu yang diharapkannya. ~ Elizabeth Stoddard
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, pabila waktu itu mati, maka matilah cinta suci itu.
Hanya hati yang dapat menilai erti Cinta sejati. Dengarkan kata hati dan Cinta sejati tidak berlandaskan nafsu kerana ia adalah suci, lahir dari kasih dan sayang.
Seseorang yang pernah mengalami kegagalan dalam percintaan, maka dia akan melihat kebahagiaan itu laksana melihat pelangi. Tidak pernah pelangi itu berada di atas kepalanya. Selamanya dia melihat pelangi itu berada di atas kepala orang lain.
Cinta adalah penyakit dan perkahwinan ialah sihat. Sakit dan sihat tidak bertemu.
Cinta monyet ialah cinta keanak-anakan. Cinta palsu adalah sekadar basa-basi. Cinta materialistik merosakkan jiwa. Cinta sejati ialah cinta yang akan menghasilkan cita-cita yang luhur dan abadi.
Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta. Tiada kasih yang lebih ngeri dari putus cinta.
Cinta dimulai dengan senyuman, tumbuh dengan dakapan dan seringkali berakhir dengan air mata.
Hidup kalau tak memakai cinta tak ubahnya seperti bumi kehilangan matahari -Aswir
Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi oleh jari-jari orang lain.
Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal terbodoh tanpa sedari.
Mencintai itu umpama bermain piano. Pertama, kita bermain ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati.
Cinta yang tak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Pabila cinta tidak diajarkan di rumah, hampir tidak masuk akal untuk mempelajarinya di mana pun.
Bibir tidak perlu berkata , bila hati sudah bersuara nada cinta dan rindu.
Cinta membuatkan orang bersemangat untuk hidup, rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan.
Ibaratkanlah kehilangan cinta itu umpama hilangnya cincin permata di lautan luas yang tiada bertepi dan harus dilupakan.
Rasa cinta itu jika dipupuk ke arah dan sinar yang lurus akan membawa pengekalan abadi.
Cinta yang suci dapat dilihat dari pengorbanan seseorang, bukanlah dari pemberian semata-mata.
Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta. Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, yaitu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.~ Mahatma Ghandi
Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
SEKRIP KONTI 13 JANUARI 2009
MASA: 7.45 ~ 9.00 MALAM
STESEN: kELANTAN FM
DJ: SHEK@TASIKAN YUSOFF
LAGU
INTRO NOSTALGIA/SHEK
JH
Terima kasih kerana sudi singgah di siaran Kelantan fm. Malam ini bertemankan Shek, Nostalgia di Kelantan fm
LAGU
KU KENANG SELALU
JH
Tidak semua perkara yang kita impikan akan datang dengan mudah dan tiba~tiba
LAGU
MENITI PERJALANAN~HATTAN
PERJALANAN CINTA~GRAVITI
JH
Antara segumpal rindu dan setitis airmata, mampu membuat jiwa tersiksa.
LAGU
KEPANGKAL IMPIAN~SOS
KU KEHILANGANMU~FRAN
JH
Orang yg jauh usah dinanti, kelak merana diri sendiri. Simpankan kenangan, dalam diari hati dan usah dipamirkan. Biar ianya menjadi rahsia sepanjang hayat.
LAGU
YANG KU NANTI~INKA CHRISTY
TERKUNCI DALAM SENGSARA~JITU
JH
'Kesedaran sekalipun hanya sesaat saja sering lebih berharga daripada pengalaman sepanjang hidup'
LAGU
DIPINTU MAHLIGAI~SALEEM
PENYAIR CINTA~GAMMA
JH
Tiada kesah yang lebih manis daripada kesah cinta. Tiada kesah yang lebih ngeri dari putus cinta
LAGU
KERANA KASIH PADAMU~SAMUDERA
GUBUK DAN ISTANA~ANNE CARERA
JH
ADAKALANYA dalam kita merasakan sudah banyak pengorbanan dilakukan termasuk meninggalkan segala keburukan demi sebuah kehidupan sempurna, kita masih terus diduga dan diuji.
LAGU
POPPY MERCURY~HATI SIAPA TAK LUKA
KARAM ZABARJAD
SELAMAT JALAN DUKA~NIKE ARDILLA
JH
Kehidupan kita tak ubah umpama sebuah pelayaran.
Ada ketikanya ia dilanda badai dan adakala perjalanannya belayar lancar.... Jika diizinkan Tuhan, jumpa lagi Nostalgia Kelantan fm.
LAGU
DIALOG LAST SHEK
KEKASIH SANDARAN~LESTARI
SEKRIP KONTI 2 JUN 2008
TARIKH: 02 JUN 2008
DJ: SHEK@TASIKAN YUSOFF
MASA: 7.45 MLM ~ 9.00 MLM
LAGU INTRO MELODI KENANGAN/A RAZAK
JH Sekali lagi bertemankan Shek dalam ruangan Melodi Nostalgia di Kelantan fm
LAGU SINAR BAHAGIA~THE QUEENS
JH Kebahagiaan tidak tergantung pada siapa diri kita atau apa yg kita miliki, tapi tergantung pada apa yang kita rasai.
LAGU SINAR KEMESRAAN~SITI SALMAH
HAMPARAN SUTERA CINTA~ODDYSEY
JH Perjalanan hidup manusia telah tertulis: Bahagia, derita, air mata dan ketawa berlaku mengikut susun atur kehidupan yang telah direstuiNya.
LAGU SECALIT RINDU MEMBARA~SALIMAH MAHMOOD
RINDUKU TIADA BERTEMAN~JELMOL
JH Apabila kita ingin berteman: Jangan kerana kelebihannya, Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita menjauhinya.
LAGU ELEGI SEPI~BOB REZAL
PERGI TANPA PETANDA~RASS
JH Andai kita ingin berkawan: Jangan kerana kebaikannya, Kerana mungkin dengan satu keburukan, Kita membencinya….
LAGU HANYA SEBUAH LAKUNAN~OSLAN MUSTAPHA
HENTIKAN LASANMU~MEGA UTAMA
JH Jika kita inginkan bersahabat: Jangan kerana ilmunya, Kerana apabila dia buntu, Kita mungkin memperlekehkannya.
LAGU CINTA HAMPA~D’LLOYDS
TERTUSUK SEMBILU~IVORY
JH Sekiranya kita inginkan seorang teman: Janganlah kerana sifat cerianya, Kerana andai dia tidak lagi menceriakan, Kita mungkin akan menyalahkannya
LAGU JANJI TINGGAL KENANGAN~ROHANI AZIZ
BERAKHIR SATU PERCINTAAN~HEADWIND
JH Akhirkata penyudah bicara: Dalam menentukan persahabatan, Terimalah seadanya, Kerana seorang sahabat, Yang hanya manusia biasa…. Jangan diharapkan kesempurnaannya, Kerana kita juga tidak sempurna…
LAGU DIALOG LAST SHEK
HANYA WAKTU YG MENENTUKAN~ZIANA ZAIN
SEKRIP KONTI 12 JULAI 2008
SEGMEN: SELEKTA KELANTAN fm
MASA: 7.45 MALAM ~ 9.00 MALAM
JH: SHEK @ TASIKAN YUSOFF
LAGU GADIS DAN BUNGA~RAHIMAH RAHIM
JH Gadis dan bunga: Suatu ibarat, suatu perumpamaan, gadis bagaikan bunga yang sentiasa diperhati, apalagi jika ianya cantik dan menawan.
LAGU BUNGA~THOMAS ARYA
JH Malam ini rentak retro Kelantan fm bersama Shake yang menghimpunkan sebahagian lagu~lagu yang mempunyai kaitan dengan perkataan bunga.
LAGU BUNGA CINTA~ASHRAFF
JH Kasih umpama bunga yg sentiasa mengakar, mewangi dlm kehidupan dan tidak akan layu walaupun badai melanda
LAGU BUNGA DI PADANG PASIR~SOFEA
JH Dalam hidup bermasyarakat dan bersahabat, jadikanlah diri kita sebagai bunga yang disukai oleh semua orang.
LAGU BUNGA ANGKASA~TERRAROSSA
JH Kejujuran tidak perlu diungkap...... biarlah kita menjadi diri sendiri yang punyai realiti setiap perjalanan jiwa yang hakiki
LAGU BUNGA CINTA NISTA~LEMONT
JH Bunga yang bernilai biasanya berduri, warnanya cantik tapi sukar di dekati.
LAGU BUNGA LARANGAN~UG14
JH Seorang gadis yang sanggup mengharungi sebarang ujian hidup dengan cekal dan tabah bolehlah diibaratkan bunga sakura di gurun sahara.
LAGU BUNGA SAKURA DI GURUN SAHARA~MEGA
BILA BUNGA DILAMAN ORANG~LEON
JH Seorang lelaki ego pula berkata: ah bunga bukan sekuntum.
LAGU BUNGA BUKAN SEKUNTUM~AMAN SYAH
BERBUNGALAH BUNGA CINTA~STINGS
JH Fitrah kehidupan bunga, yang mekar akan layu begitu juga kasih sayang. Tidak semunya kekal hingga ke akhir hayat. Apalagi, bila bunga dipuja tumbuh dilaman orang.
LAGU HARUM BUNGA DI TAMAN~DAVE
SEKUNTUM BUNGA~AHMAD JAIS
JH Tak semua bunga yang indah dan menawan punyai penawar, ada juga yang beracun. Yang beracun ini bolehlah kta ucapkan selamat tinggal.
LAGU SELAMAT TINGGAL BUNGAKU~A RAMLIE