Ahad, 15 Mac 2009

Kronologi Persekolahan

Kronologi Persekolahan

Sekolah Pertama:

Mula mengenal bangku persekolahan di Sekolah Kebangsaan Pangkal Jenereh [SKPJ], Temangan, Kelantan. Di sekolah inilah Shek mula mengenal angka dan huruf, mengenal guru, kenal buku dan kenal kawan. Enam tahun di SKPJ. Walaupun sekolah ini bantuan penuh kerajaan, tapi ibu paling banyak menumpahkan airmata ~ demi memenuhi keperluan anak bungsunya meneruskan persekolahan. Setiap pagi ibu mengadap pokok getah, ayah pula berhempas pulas di bendang. Shek~lah anak tani itu.

Sekolah Kedua:
Selepas SKPJ Shek beralih ke Sekolah Menengah Rendah Kampong Pek [SMRKP], Machang, Kelantan. {Sekarang dengan nama baru SMK Sri Intan}. Di SMRKP inilah Shek hadapi tamparan hebat, sehari selepas sambut hari jadi ke 13 [11 Jun] Ayah meninggal dunia [12 Jun]. Biarpun kehilangan ayah, pelajaran Shek tidak terbantut, ibu sentiasa beri dorongan, Shek tahu: ibu simpan kesedihannya sedalam~dalamnya di sudut hati, Tidak dipamirkan. Kerana setiap pagi Shek ke sekolah, ibu pula akan melangkah ke kebun getah ~ demi untuk Shek. Tiga tahun Shek di SMRKP. Alhamdulillah peperiksaan SRP shek mendapat gred A.

Sekolah Ke Tiga:


Dengan berbekal SRP Shek berpeluang menyambung persekolah di peringkat menengah kebangsaan. Kali ini di Bandar Machang, Sekolah Menengah Kebangsaan Machang [SMKM]. Di SMKM Shek memilih aliran sastera. Di sekolah ini Shek semakin ramai kawan~kawan, antaranya Mahmod Awang Kechik: http://pandumolek.blogspot.com/ dan termasuklah rakan setugas Shek ketika ini: http://kakwankelfm.blogspot.com/ atau http://kakwekelantanfm.blogspot.com/ [Dulunya memang satu kelas sejak tingkatan 4 hingga tingkatan 5. tapi kini sepejabat].

Kalau di kira dari segi fizikal, Shek tak ramai adik beradik tapi di SMKM Shek mendapat biasiswa Persekutuan {Terima kasih Kerajaan Malaysia], mungkin pihak pengurusan sekolah memandang Shek dari segi lain kot. Kemajuan dalam pelajaran misalnya. Tapi Shek bukanlah pandai sangat, lukis kartun dan lukis komek tu bolehlah. Shek menamatkan persekolahan menengah dengan SPM.

Sekolah Ke Empat:


Institut Pertanian Besut [IPB] Jertih, Terengganu. http://www.doa.gov.my/ Datang belajar atas tajaan biasiswa JPA ~ Biasiswa Perketuan [Terima kasih sekali lagi kat Kerajaan Malaysia] Selama 3 1/2 tahun Shek belajar di IPB. Selama di IPB Shek aktif dalam persatuan pelajar, menyandang jawatan Setiausaha sessi Bahasa & Persuratan Badan Kebajikan Penuntut. Di Kampus selain belajar Shek aktif dalam penulisan Drama Radio. Pernah mendapat tempat di Stesen RTM Kawasan Timur, bahkah Drama tulisan Shek pernah menembusi stesen RTM Sarawak. Di IPB Shek mendapat Sijil Institut Pertanian Semenanjung Malaysia. Tapi sekarang tinggal kenangan, kerana IPB ini telah bertukar jenama baru yang kini dikenali sebagai Pusat Latihan Pengembangan Pertanian Besut, Terengganu.

Catatan:
Manusia memang tidak tahu pekerjaan Tuhan. Dapat Sijil Pertanian sepatutnya berkhidmat dengan para petani [Shek sendiri anak tani] samada di Jabatan Pertanian, LPP, KADA, RISDA, FELCRA ataupun FELDA. Tapi Shek tersasar jauh. Berkhidmat sebagai Penerbit Rancangan dan Penyampai Radio di RTM. Terima kasih Tuhan, Subhanallah Wal Hamdulillah. Tuhan Maha Tahu apa impian hambanya.

Tiada ulasan: